Ketua Jurulatih Perseorangan Negara

31 Oktober 2008

Rashid Sidek dipilih sebagai ketua jurulatih perseorangan negara.Tahniah buat Rashid Sidek. Semoga dapat melahirkan ramai lagi pemain-pemain muda untuk di ketengahkan lg di peringkat antarabangsa.
Kalau dilihat pada negara-negara yang lain ramai pemain-pemain yang amat jarang kita kenali sudah mula menonjolkan diri.Melihat kepada prestasi pemain wanita hanya Wong Mei Chow sahaja dilihat menyerlah setakat ini begitu juga dgn Lee Chong Wei.Pemain lain masih mencari rentak kecermelangan dan masih agak jauh ketinggalan berbanding dengan negara-negara lain terutamanya Indonesia dan China.Malaysia masih bergantung harapan kepada individu yang sama bagi setiap kejohanan.Ayuh Malaysia.

Kejor yob kejor?

30 Oktober 2008

Ahmad Shahrul Azhar - Pencen
Mohd Hamsani Ahmad - Selangor
Mohd Nasril Nourdin - Selangor
K.Nanthakumar - Selangor
Mohd Khalid Jamlus - Kelantan
Ahmad Azlan Zainal - Kelantan
Shahrulnizam Mustafa - Kedah
Mohd Khairi Zainuddin - Kuala Lumpur
Chan Wing Hoong - Sabah
Danial Fadzly - Perlis
Ahmad Fakri Shaarani - Perlis
Mohd Nor Ismail - Kuala Muda NAZA

Ramai pemain Perak sudah berpindah, nampak gayanya x terkejor la Perak tahun depan,apapun penyokong tetap ada memberi sokongan namun yg menjadi persoalan mampukah Perak bersaing dengan pasukan lain.Tgk la perancangan halatuju tahun nie, dengar cerita pihak pengurusan masih lagi dalam keadaan kucar kacir.

PTK gagal lagi

P T K gagal lg. X berapa nk ingat gagal kali berapa, baca sudah tapi masih belum menjadi kenyataan. Adakah lulus PTK satu keajaiban. Terasa perjalanan masih panjang, perjuangan harus diteruskan untuk tahun depan.Namun seperti mana yang di maklumkan sebelum ini, melancong ke Melaka besar kemungkinan dibatalkan, sejajar dengan hasrat sebelum ini.

Add this free Page Rank Checking tool to your web site

27 Oktober 2008




Check Page Rank of any web site pages instantly:




This free page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service


Bila chek pagerank masih lagi 0, kecewa jgk la, namun ada sebabnya kenapa xmencapai angka 1 lg, kena banyak submit blog kat crawler yang lain.

Selamat Hari Deepavali

Selamat Hari Deepavali buat semua penganut Hindu di negara Malaysia ini.

Malaysia Menang

Beregu wanita negara berjaya menewaskan beregu Indonesia pada perlawanan akhir terbuka Denmark.Tahniah buat beregu Malaysia yang berjaya menang dalam straigt set.

Malaysia tewas perlawanan akhir

26 Oktober 2008

Malaysia bermula garang pada peringkat awal dan separuh akhir, tapi akhirnya tewas dengan Vietnam pada perlawanan akhir kejohanan Pestabola Merdeka di Stadium Bukit Jalil malam tadi. Malaysia tewas dengan tendangan penalti 5-6 setelah terikat 0-0 pada masa tambahan.Nor Hafiz Zamani Misbah gagal dalam sepakan penalti suddent death setelah Malaysia bermain penuh kesungguhan mengasak pintu gol pasukan Vietnam.

Malaysia Boleh

Hanya beregu wanita layak ke perlawanan akhir terbuka Denmark, saksikannya di Astrosport jam 7.00 malam.

Malaysia Boleh

25 Oktober 2008

Malaysia kalah lagi,yang terkini terbuka Denmark hanya beregu wanita mara ke separuh akhir.Beregu lelaki masih tercari-cari rentak perlawanan,namun jangan jadikan ia sebagai alasan, terus bangkit untuk kejohanan yang akan datang iaitu terbuka Perancis nanti. Saya merupakan peminat setia badminton Malaysia. Malaysia boleh!!!

Baik untuk si rabun

24 Oktober 2008

Jika anda seorang yang berdepan dengan masalah rabun terutamanya pada waktu malam atau ketidakseimbangan gula dalam darah, anda mungkin patut mempertimbangkan labu merah sebagai menu dalam diet anda.
Labu memang sedap kalu dimakan bersama nasi dan ikan masin , bagi yang ada angin memang xtahan nak makan, tapi nak memcuba apa salahnya...

Sakit gigi

Ingat sebelum kena, bila dah kena susah sgt nak pulih, inilah yang berlaku dalam kehidupan kita seharian. Sihat sblm sakit. peringatan yang perlu diamalkan. dulu xjaga kesihatan gigi tapi bila dah sakit gigi jenuh nak cari ubat.Masalahnya gigi depan pulak 2, cuba bayangkan gigi depan anda kosong?Sekarang memikirkan alternatif bagaimana nak menyelesaikan masalah tersebut. Skrg inilah baru fikir nak gosok gigi selepas makan, kumur dengan listerine, erm2 apakan daya beringatlah sebelum kena.Sakit gigi bkn sakit kaki, sakitnya sampai ke kepala.Nak buat rawatan di klinik swasta bayaran rm250, tapi di klinik kerajaan banyak sangat prosedurnya, sebenarnya amat jarang chek gigi, waktu sekolah2 dulu ada la.Aduhai...

Tips To Improve Your Google PageRank

21 Oktober 2008

This article is designed for webmasters and site owners who have freshly deployed their web sites on the Internet.

If your goal is to improve your pagerank (PR) with Google (especially if your PR is still 0), reading farther below will help achieve your goal.

Submitting to search engines is one of the strategies you will use to improve your site’s PR. BTW, PageRank is a measure used by Google to rate the importance of a web page.

Search engine (SE) submission as a trade has been booming as never before. Some offer their services for free, others charge you precious dollars.

SE services have one thing in common though. Reading the list of search engines to submit to - which ordinarily counts to hundreds, even thousands - is enough to make you dizzy.

The truth of the matter is, there are only a handful of search engines that you should be concerned with.

In terms of improving your pagerank with Google - and generating traffic to your web site on the side - the search engines listed below should be a must have in your submission list.

You will not regret using the list below. I used the same list for my own web site, the InternetMarketingLearningCenter.com, and after three months my pagerank improved from 0 to 4.

Individual results may vary, of course, as there are yet other factors involved in improving your PR. Submitting to search engines is one key strategy.

By worrying less about which search engines to submit to, you can channel your efforts to other PR enhancing strategies, like for example writing articles, etc.

Here’s the list:

  1. GOOGLE
  2. YAHOO!
  3. MSN Search
  4. ALEXA
  5. EXACTSEEK
  6. SITEEXPLORER
  7. SPLAT!
  8. SCRUB THE WEB
  9. JAYDE

AOL. You don’t have to submit to AOL since AOL uses Google for its organic search. If you have submitted to Google, your site appears in the search results of AOL.DMOZ. It will take an eternity to be listed with DMOZ (Open Directory Project). Try submitting just once, then forget about it. If you are insistent on listing with DMOZ, go here.

One final comment. The best time to submit your site to search engines would be the third week of the week. At least this is the working norm during this last quarter of 2005.

That’s it.

Submit to the above listed sites - and forget about submitting to the other 100+.
Save your your time for the other useful Internet marketing chores.


Sukar buang air besar

Jika anda menghadapi masalah sukar buang air besar setiap pagi cuba amalkan panduan ini, ia mungkin boleh memberikan bantuan kepada anda jika didapati sesuai dengan tubuh anda. Caranya amat mudah iaitu minum air kopi pahit yang tidak diberi gula sedikitpun, tetapi anda campurkan sedikit garam pada kopi tadi. Sesudah dibancuh pekat anda minumlah sebaik-baiknya pada waktu malam mahupun pagi. Amalkan pasti anda akan buang air dengan mudah dan lancar sekali.

:pandaGeli_12:

Mengelak perut buncit

Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan. Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.Petua ini patut diamalkan sejak dari dulu lagi.
:pandaGeli_19:

Aksi 'Tayangan Perdana'

KUALA TERENGGANU - Belum pun reda isu rakaman klip video aksi panas membabitkan pelajar, kes seumpama itu dikesan berlaku pula di sebuah sekolah di kawasan pedalaman di Dungun, di sini.

Klip video berjudul 'Tayangan Perdana' itu menggemparkan pelajar sekolah tersebut kerana melibatkan seorang pelajar perempuan yang selama ini dianggap berakhlak.

Paling mengejutkan, aksi ghairah itu dirakam oleh seorang remaja lelaki menggunakan telefon bimbit di dalam sebuah kelas kosong di sekolah itu.

Turut mendukacitakan, aksi tersebut berlaku dalam keadaan pelajar perempuan belasan tahun itu berpakaian sekolah lengkap dengan lencana.

Sangat memalukan seolah-olah terlalu gairah dengan perkara yang xsenonoh.

Tulisan panjang

20 Oktober 2008

Ada sesetengah blog suka menulis panjang lebar keterangannya, mungkin hobi agaknya, namun blog ini masih sukar untuk menulis panjang lebar begitu, mungkin disebabkan masa dan mungkin pemalas orangnya. hehehe, namun kesukaan anda terpulang pada diri sendiri, tapi sedikit sebanyak meninggalkan kesan pada pembacanya, apa yang penting tidak menyentuh perasaan tidak membangkitkan isu-isu panas pada masa kini. Apa yang penting anda enjoy dengan apa yang anda buat.Blog ini masih lagi catatan harian yang sedaya upaya memberikan yang terbaik untuk diri ini dan anda.

19 Oktober 2008

Rasa agak kecewa bila melihat rank blog ini masih lg kosong, mungkin ramai pengunjung x membuka blog ini, namun ia merupakan satu cabaran kerana blog ini masih baru lg diperkenalkan dan masih banyak yang perlu dipelajari.

18 Oktober 2008

sengaja bermain dengan warna agar kelihatan agak ceria. caranya mudah, p ke lay out amik colour and font, kemudian pilih lah warna kesukaan anda.

:pandaGeli_01:

BNM serbu 4 syarikat

14 Oktober 2008

KUALA LUMPUR 13 Okt. – Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menyerbu empat buah syarikat skim cepat kaya melalui Internet yang mempunyai rangkaian beratus-ratus ribu pelabur dengan nilai pelaburan dipercayai mencecah ratusan juta ringgit.

Serbuan tersebut dilakukan di beberapa lokasi di Lembah Klang setelah syarikat-syarikat terbabit disyaki menjalankan kegiatan mengambil deposit tanpa lesen dan membuat pelaburan haram di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

Mengikut maklumat daripada laman web, secara umumnya syarikat-syarikat tersebut menetapkan bayaran minimum RM1,000 sebagai deposit untuk pendeposit menyertai bidang perniagaan seperti pengiklanan, pelancongan dan perkhidmatan.

BNM dalam satu kenyataan di sini memberitahu, syarikat terlibat ialah Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd., Jazmeen (M) Sdn. Bhd., Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. dan Eastana Farm Industries Sdn. Bhd.

Buluhmas yang beribu pejabat di Tanjung Karang, Selangor dalam laman webnya mendakwa ia memiliki 700,000 ahli sebagai pembayar deposit di seluruh negara.

Kaedah perniagaannya menggunakan promoter untuk mengiklankan aktiviti syarikat dengan menampal pelekat yang tertera logo syarikat atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pendeposit.

Sekitar pukul 9.30 malam ini, laman web Buluhmas masih boleh dilayari yang menunjukkan sejak April lalu ia telah menerima hampir 250,000 pengunjung.

Sementara itu, Jazmeen dalam laman webnya mendakwa dengan permulaan modal sebanyak RM1,000, pendeposit mampu mendapat pulangan 120 peratus dalam tempoh 12 bulan pertama dan jumlah itu terus bertambah pada tahun-tahun berikutnya.

BNM dalam kenyataannya menambah, tindakan ke atas keempat-empat syarikat itu diambil setelah Unit Penyiasatan Khas BNM menjalankan siasatan terhadap aktiviti syarikat berkenaan.

“Kesemua penganjur skim pelaburan itu akan ditahan selepas BNM merekodkan kenyataan mereka kerana disyaki mengambil deposit secara haram dan menjalankan aktiviti penggubahan wang haram,” jelas kenyataan itu.

Seorang jurucakap BNM ketika dihubungi memberitahu, jumlah sebenar ahli terlibat dan nilai deposit yang dikumpulkan oleh keempat-empat syarikat itu hanya akan diketahui apabila kes mereka dihadapkan ke mahkamah dalam tempoh terdekat.

Aktiviti syarikat-syarikat itu disiasat mengikut Seksyen 25 (1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 yang melarang mana-mana individu yang tidak mempunyai lesen daripada menerima dan mengambil deposit.

Katanya, jika sabit kesalahan pegawai dan pemilik syarikat-syarikat terlibat boleh didenda tidak melebihi RM10 juta atau dipenjara untuk tempoh 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Syarikat-syarikat itu juga disiasat di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA 2001) yang melarang mana-mana individu daripada terlibat atau cuba untuk membabitkan diri atau bersubahat melakukan kegiatan penggubahan wang haram.

Jika disabitkan kesalahan, mereka yang didakwa boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5 juta atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurut kenyataan BNM, skim pelaburan yang dianjurkan oleh keempat-empat syarikat yang diserbu hari ini menyatakan kononnya ia berasaskan perdagangan mata wang, pasaran hadapan komoditi, pelaburan luar persisiran dan saham-saham lain.

Dakwaan itu, kata BNM, hanya rekaan semata-mata.

“Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan skim yang ditawarkan melalui Internet, panggilan telefon atau seminar yang dianjurkan oleh individu atau syarikat yang tidak dilesenkan oleh BNM,’’ jelas kenyataan itu.

Orang ramai boleh mengetahui senarai syarikat dan institusi berlesen yang menerima deposit dengan melawat laman web BNM di www.bnm.gov.my.

Bahaya telefon bimbit kepada kanak-kanak

11 Oktober 2008

GEORGE TOWN - Penggunaan telefon bimbit oleh kanak-kanak khususnya di bawah usia 12 tahun didakwa mendedahkan mereka kepada tumor otak.

Demikian hasil penyelidikan terbaru dari Sweden yang mendapati kanak-kanak lima kali lebih cenderung mendapat tumor menerusi penggunaan alat komunikasi itu secara kerap.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris memberitahu, kanak-kanak terdedah kepada radiasi telefon bimbit, telefon tanpa wayar dan peralatan lain kerana otak dan sistem saraf mereka sedang berkembang.

Katanya, oleh kerana kepala mereka kecil dan tengkorak lebih nipis berbanding orang dewasa, radiasi lebih mudah menembusi jauh ke dalam otak.

"Kajian itu diketuai Profesor Lennart Hardell dari Hospital Universiti di Orebro, Sweden. Ia dibentangkan pada persidangan antarabangsa mengenai telefon bimbit dan kesihatan serta risiko radiasi penyebab kanser," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini semalam.

Kata S.M. Mohamed, perkara ini menimbulkan kebimbangan kepada kesihatan khususnya risiko peningkatan tumor otak kerana antena radiasi berada terlalu hampir dengan otak dan kemungkinan ia menyerap sejumlah besar tenaga elektromagnetik

Daya penarik blog?

Ini ada sedikit pendapat dan mungkin blh dianggap xlayak untuk mberi komen, tp apa2pun rasanya nak berkongsi pengalaman dengan anda semua. Antara sebb la yang menyebabkan tarikan sesuatu blog atau web iaitu:
1. ada benda yang nk kita download atau yang mmpu menceriakan blog kita.cthnya ada blog 2 offer emotions kt kita ker, jd kita berminat untuk diletakkan dalam blog kita.hakikatnya blog sy masih peringkat awal.adiwidget cthnya memberikan sesuatu yang menarik untuk blog kita.
2. ada grafik menarik untuk dikongsi bersama.sesuatu yang kita kena belajar dari blog tersebut.
blog yang mencoretkan isu-isu sensasi yang menarik perhatian kita untuk membacanya.apapun setengah peminat blog dia lebih fokus kepada kehidupan seharian dia. cth blog sy ada kaitan dengan dengan peribadi samada secara langsung atau tidak langsung.
Ingatlah semua orang mampu buat blog tp x semudah untuk orang mengkuti blog tersebut.

@blogmenjerit

10 Oktober 2008

Membuat header cara yang paling mudah dan menarik, namun memerlukan sedikit kesabaran anda pasti berjaya.Gunakan sedkit kemahiran dan kreativiti anda untuk menghasilkannya, silalah komen
@upin02

Komen

Diharapkan blogger rajin2 lah memberi pendapat dan komen, sekurangnya2 penulis tahu di mana yang perlu diperbaiki, di tambah dan sebagainya.

Sekiranya pengunjung membuka blog ini menggunakan internet explorer, ia memberi masalah pada label kerana grafiknya kurang bermutu.Cara terbaik gunakan firefox modzilla.

:pandaGeli_30:

Yob sudah serik

09 Oktober 2008

"KAMI sudah serik."

Itu antara reaksi salah seorang daripada sepuluh pemain Perak yang dilapor bakal menyertai pasukan lain pada kempen Liga Malaysia (Liga M) yang bermula 3 Januari depan.

Pemain berkenaan yang enggan namanya disiarkan berkata, rata-rata pemain Perak mula bimbang dan gelisah ekoran masalah tunggakan gaji yang menimpa skuad Seladang itu.

"Situasi itu pasti mencetuskan rasa kurang senang di kalangan pemain sehingga kami membuat keputusan untuk berhijrah," katanya.

Pemain berkenaan mendakwa Persatuan Bolasepak Perak (Pafa) masih gagal melunaskan tunggakan gaji pemain bagi bulan Julai, Ogos dan September.

Katanya, Pafa hanya membayar tunggakan gaji bagi bulan Jun sahaja sebelum skuad Seladang beraksi di Beirut, Lebanon bagi menghadapi kempen Piala AFC hujung bulan lalu.

"Tak tahulah bila mereka (Pafa) akan melunaskan tunggakan itu," jelasnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan bahawa beberapa tonggak utama Perak berhasrat mengubah haluan masing-masing selepas kecewa dengan masalah gaji tertunggak.

Difahamkan, pemain tengah, K. Nanthakumar serta dua penjaga gol, Mohd. Hamsani Ahmad dan Mohd Nasril Nourdin telah dilamar Selangor.

Benteng pertahanan Perak bertambah parah apabila Mohd. Khairi Zainuddin berhasrat menyarung jersi Terengganu sementara Chan Wing Hoong sedang diintai pasukan Brunei.

Pemain tengah berpengalaman, Danial Fadly Abdullah yang berasal dari Perlis pula dijangka pulang semula menyarung jersi skuad Singa Utara itu.

Penyerang muda berbakat, Razali Umar Kandasamy turut dilapor disambar sebuah pasukan kelab dari Lembah Klang.

Sebelum ini, penyerang, Mohd. Khalid Jamlus dan pemain pertahanan kebangsaan, Ahmad Azlan Zainal telah menandatangani kontrak dengan Kelantan.

Mungkin Perak boleh menarik nafas lega apabila hanya dua pemain tengah, Mohd. Hardi Jafaar dan Shahrulnizam Mustafa yang tidak dipancing pasukan lain kerana masih mempunyai kontrak.

08 Oktober 2008

Saya merupakan peminat setia pasukan Perak.Walaupun sejak kebelakangan ini Perak mengalami masalah kelewatan pembayaran gaji, namun Perak harus bangun dan terus maju seperti zaman kegemilangan dulu. Kejor yob kejor.

06 Oktober 2008

siapakah Nur Fathiah?untuk maklumat lanjut sila klik di sini.

Cuci gigi lepas raya

“Makanan yang terlekat di bahagian belakang gigi selalunya sukar dibersihkan dan ini menyebabkan kawasan tersebut senang diserang pelbagai masalah khususnya plak dan tartar,” jelas Lydia.Lebih teruk apabila jenis makanan yang diambil adalah manis dan berserat seperti daging, sekali gus mempercepatkan lagi proses tersebut.

Untuk maklumat lanjut sila baca akhbar kosmo.

:pandaGeli_01:

04 Oktober 2008

Cara untuk membuat favicons icon sangat mudah. Ia kelihatan agak menarik bila blog tersebut dibuka.Terima kasih how2make

Memasukkan add to del.icio.us saved by 0 users dalam blog.Tujuannya membolehkan pengunjung mendapatkan maklumat blog ini. Terima kasih woork

:girl_4:


Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir dan Batin

Ada masalah pada snap shot.Blog tidak dapat dibuka sepenuhnya.Kadang kadang ia juga berpunca daripada masalah dari iklan.
ConfusedBlush