Desas desus bola sepak Malaysia kembali ke semi pro, rasa macam tidak sedap didengar namun sekiranya menjadi kenyataan maka suatu suasana yg kurang menarik pasti berlaku.
Sebenarnya liga super sudah memadai buat setakat ini, tidak perlu kembali ke semi pro, kerana liga super dilihat ia bakal berkembang dari semasa ke semasa.
Cuma sekarang harus difikirkan cara terbaik untuk menarik kembali penonton ke stadium.Dilihat publisiti juga kurang sehingga kita tidak tahu bila perlawanan berlangsung.Pemain yang ada sekarang amat kurang dikenali berbanding zaman dahulu.Mungkin bakat mereka perlu diasah lagi atau pengalaman mereka harus diperkembangkan lagi.
Dulu ada pemain import dan sy yakin salah satu tarikan utama untuk ke stadium.Bila stadium penuh pasti menarik penaja untuk menaja pasukan yang mereka inginkan.
Lihat sahaja air asia kerana mereka menaja team yang hebat dalam pelbagai bidang sukan.
Apabila stadium kurang jadi masalah kewangan pasti timbul.Bagaimana untuk membayar gaji pemain sekarang kewangan kontang.Cara terbaik undur diri dari pertandingan.Akhirnya bakat2 yg ada pasti gagal untuk dikembangkan.Jadi bagaimana Malaysia untuk beraksi di piala dunia nanti sedangkan dalam Malaysia potensinya tidak kemana.
Saya tertarik dgn pengkritik bolasepak dimana pengacara bertanya apakah nasihat untuk pemain2 bola sepak Malaysia dan dengan selamba beliau menjawab cari games lain selain bola, dan jelas beliau menyindir bola sepak Malaysia kurang berkesan di peringkat antarabangsa.
Sekarang bukan waktunya untuk menuding jari kepada sesiapa, yg pasti sayangilah bola sepak Malaysia dan lakukan sesuatu yg memberi kecemerlangan negara dalam arena bola sepak.
Liga Super ke Semi Pro?
03 Julai 2009
Dicatat oleh a s m di 10:23:00 PM
Label: Bolasepak
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

0 ulasan:
Catat Ulasan