Hingga akhir waktu

28 Februari 2009


Kumpulan nineball, dari Indonesia.Liriknya yang menyentuh perasaan.


Selanjutnya taip di sini untuk paparan penuh.

Terlalu sukar menjadi orang lain


Kadang2 penulis ingin memberikan yang terbaik apa sahaja perkara yang melibatkan kehidupan.Namun kadang2 merasakan diri ini terlalu banyak kekurangan berbanding kelebihan.Kadang2 diri ini ingin menjadi orang lain yang sentiasa disukai dihormati oleh orang lain.Namun penulis akur setiap kejadian ada hikmahnya.Berbanggalah menjadi diri sendiri walau apa jua keadaan sekalipun.

Selanjutnya taip di sini untuk paparan penuh.

Minyak kelapa dara Bio Asli

27 Februari 2009


Penulis bukan ingin menjual ubat atau membuat omong2 kosong tetapi penulis ingin berkongsi pengalaman tentang suatu produk bumiputera yang telah memberi manfaat yang berguna dalam hidup penulis.Sebelum ini penulis telah memaklumkan tentang masalah resdung.Penulis sekali lagi berharap mana 2 pengunjung yang mengalami masalah ini cubalah produk minyak kelapa dara bio asli yang terbukti amat berkesan kepada penulis.Cubalah hari ini dan alamilah kesannya.Untuk membelinya dan seterusnya secara automatik menjadi ahli dengan bayaran hanya RM30 sila klik di sini.

Selanjutnya taip di sini untuk paparan penuh.

Kemalasan tahap kritikal

Tiada motivasi diri tiada keupayaan diri kerjaku menjadi tergendala teramat sangat.Penulis membuang masa begitu sahaja tanpa memikirkan masa itu emas.Penulis mengalami tahap kemalasan yang amat ketara ketika ini.Penulis lebih cenderung kepada aktiviti yang tidak berfaedah.Penulis alpa dengan apa yang berlaku di sekeliling.Penulis gagal menyiapkan kerja yang telah ditetapkan sebelum ini.Penulis sedang mencari ubat untuk menghilangkan tahap kemalasan yang amat kritikal.Penulis amat malas ketika ini.

Selanjutnya taip di sini untuk paparan penuh.

Follower yang menarik

26 Februari 2009

Grafik terbaru untuk sidebar follower.Sangat menarik untuk memudahkan kita mengklik blog tersebut tanpa menutup blog kita.Jadi marilah kita sama2 follower antara satu sama lain.


Selanjutnya taip di sini untuk paparan penuh.

Ketagihan berblog

25 Februari 2009

Penulis mengalami ketagihan blog pada masa ini.Blog dilawati hampir setiap hari.Sedangkan kerja lain masih banyak perlu diuruskan.Tapi penulis seolah2 menutup sebelah mata kerja2 yang lain.Penulis mengalami ketagihan blog.Hakikatnya kerja yang nak disiapkan sudah sampai expired date nya.Tetapi penulis lebih mementingkan blog dari kerja2 tersebut.Padahal blog penulis tidaklah semeriah blog yang lain.Tiada komen tiada chat tiada follower tetapi penulis masih ketagihan blog.Lagi satu penulis cukup pantang apabila sedang melawati blog jangan sesiapa menghampiri penulis pada masa ini.Fobia yang cukup ketara sekarang.

Apa yang harus penulis buat sekarang?Terus dengan ketagihan atau fikirkan kerja yang hendak dibuat?

Patah tumbuh hilang berganti

Kecewa dengan apa yang berlaku namun kehidupan harus diteruskan.Segala yang diharapkan tidak menjadi kenyataan.Segalanya berlaku dalam keadaan yang amat mengecewakan.Apapun diharapkan patah tumbuh hilang berganti.Berkawan biarlah seribu,berkasih biarlah satu.


Selanjutnya taip di sini untuk paparan penuh.

Hp tidak boleh dibawa ke sekolah

Handphone banyak manfaat namun jika di salahgunakan boleh memberi kesan kepada kita.Handphone memang tidak boleh dibawa ke sekolah kerana banyak gejala negatif yang berlaku.Antaranya mms lucah,3G yang tidak senonoh dan sms lucah boleh memberi kesan buruk kepada pelajar.Jadi memang di sekolah disediakan public phone untuk kegunaan pelajar.Kadang2 pelajar suka menghubungi keluarga dia datang ke sekolah dengan mengadu secara terus dengan keluarga dia yang dia telah didenda dan sebagainya.

Selanjutnya taip di sini untuk paparan penuh.

73 peratus wanita tidak puas

Sebanyak 73 peratus wanita di negara ini didapati tidak mencapai kepuasan dalam aktiviti seksual mereka.Menurut kajian yang dijalankan oleh Pfizer Malaysia pada Mei hingga Julai tahun lalu, masalah itu turut dialami lelaki negara ini.Sebanyak 62 peratus lelaki Malaysia turut dikatakan tidak puas di ranjang.Pakar seksologi dari Pusat Kesihatan Seksual Australia, Dr. Rosie King berkata, peratusan tersebut menunjukkan kadar yang tinggi berbanding purata peratus keseluruhan tahap kepuasan seks yang diperoleh di Asia Pasifik iaitu 57 peratus bagi lelaki dan 64 peratus bagi wanita.Katanya, fenomena tersebut berlaku berikutan kebanyakan lelaki dan wanita di Malaysia lebih mengutamakan kerjaya dan kehidupan keluarga.

Penulis simpati dengan masalah wanita masa kini.Penulis akur kita sentiasa sibuk dengan kerjaya sehingga mengabaikan tanggungjawab yang dipikul.

Widget melambatkan

24 Februari 2009

Kadang2 kita suka meletakkan widget yang pelbagai dalam blog kita.Kadang2 ada widget yang memberi manfaat kepada kita dan kadang2 tidak memberi kesan kepada blog kita.Penulis ada membuka blog kawan2 kita dan didapati blognya agak lambat untuk full page.Penulis mengambil masa 1 minit untuk mendapat keseluruhan blog tersebut.FEEDJIT contohnya apabila kita memasukkan widgetnya memang agak lambat untuk full page namun FEEDJIT sangat berguna kepada blog kerana kita dapat melihat alamat2 pengunjung yang mengunjungi blog kita.

Jai penulis berharap kita sama2 mempermudahkan blog kita.Hakikatnya penulis masih mencari widget yang mudah dan cepat untuk tatapan bloggers.

I follow

Terima kasih kerana follow me.Walaupun hanya 24 sesuai dengan tarikh 24 . 2 . 2009 saya seharusnya berbangga kerana masih ramai yang sudi follow blog ini.Oleh itu penulis menyenaraikan 24 blog yang mengikuti blog ini.Mari kita lihat:

http://miznad.blogspot.com/

http://sephiasstory.blogspot.com/

http://danishandzar.blogspot.com/

http://pujanggaasmara.blogspot.com/

http://aku-ida.blogspot.com/

http://rihannaidzmi.blogspot.com/

http://asnacute.blogspot.com/

http://mirafiqa.blogspot.com/

http://moonstaco.blogspot.com/

http://loveandlost-zimy.blogspot.com/

http://annelara-andthepooh.blogspot.com/

http://cintawanie.blogspot.com/

http://niblogakulah.blogspot.com/

http://tisyabeequeen.blogspot.com/

http://alhaqimi.blogspot.com/

http://syahirahshaari.blogspot.com/

http://cikgufarha.blogspot.com/

http://telebeysudaouh.blogspot.com/

http://miss-dba.blogspot.com/

http://farhanalicious.blogspot.com/

http://adyek.blogspot.com/

http://rapunzell-ell.blogspot.com/

http://neorul87.blogspot.com/

http://ayiehelena.blogspot.com/


Walaupun tidak seramai mana namun sudah memadai dengan keupayaan blog ini untuk menarik perhatian pembacanya.

Rajoolah heronya

23 Februari 2009

Hari Sabtu (21.2.2009) pergi menonton wayang setelah 10 tahun xpernah pergi.Tengok cerita upin dan ipin, sold out, tapi yang tinggal kosong pukul 9.50 malam sahaja.Alang2 baik terus menonton.Cerita yang sangat menarik ditonton, tapi malangnya di Ipoh hanya ditayangkan di satu tempat sahaja iaitu di Jaya Jusco.Apapun kesimpulannya pada pendapat saya Rajoo adalah hero.Sebab dia boleh faham cakap binatang dan dia lebih menonjol dari upin dan ipin.

Apapun lawak dalam filem ini cukup spontan dan menghiburkan semua golongan.Lawak yang tidak dijangka sama sekali.betul222...

Adam dan Hawa

21 Februari 2009

Cinta adam dan hawa
Terbit di syurga terang di jiwa
Menggerakkan nurani
Mencari kasih suci
Sehingga kita yg tertinggal saling damba
Sentiasa rasa sunyi bersendiri
Mana dia kekasih hati
Mana dia pujaan ku yang sejati
Dengarlah bisikan asmaraku

c/o
Cinta adam dan hawa
Satu bersama satu terpisah
Buat diriku tertanya-tanya
Cinta adam dan hawa
Satu harapan, satu sandaran
Buat diriku rindukan dia
Kau yang aku puja
Kau yg aku cinta.....oh
Kasihku di Firdausi
Cinta adam dan hawa
Terbit di syurga terang di jiwa
Menjadi saksi impian murni

Liriknya yang cukup puitis dan menyentuh perasaan.

Penggunaan paint

Penulis masih jauh ketinggalan dalam mengimplikasikan blog yang terbaik.Penulis akur ada di antara blogger yang begitu hebat terutamanya dalam membuat layout.Penulis begitu teliti dalam penyediaan header.Penulis sentiasa teliti dalam menghasilkan header yang terbaik.Setakat ini penulis lebih suka kepada penggunaan paint.Paint lebih mudah cuma tiada gambar yang menarik untuk dipersembahkan.Jadi penulis terpaksa mencari sumber2 yang lain.

Caranya cukup mudah.Cuba dapatkan wallpaper yang menarik kemudian copy dan paste.Kemudian setting header mestilah betul dengan pixel blog.Inilah hasilnya.Anda ada idea lain?Berkongsilah dengan penulis.

Perut buncit

Buncit adalah perkataan yang cukup sensitif di kalangan lelaki.Lelaki yang kelihatan buncit hilang keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai.Lelaki buncit juga dikategorikan mempunyai masalah dalam kesihatan antaranya diabetes.Penulis akur masalah ini juga ketara bagi penulis.Sebelum ini penulis mengambil sikap mudah tetapi apabila dalam situasi sekarang terlalu sukar untuk kembali seperti asal.Penulis ingin berkongsi tips yang mungkin boleh membantu kaum lelaki dalam menghadapi situasi perut buncit.

Antara tipsnya ialah:
Minum air
Jika kepenuhan perut disebabkan oleh penyimpanan air, Anda sebenarnya dapat mengurangi masalah tersebut dengan minum air lebih banyak. Hal ini akan mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh sehingga meningkatkan jumlah air yang keluar dari sistem. Minum lebih banyak air juga menjamin fungsi empedu efektif untuk mengeluarkan produk sampah. Jangan merubah konsumsi air saat diet karena banyak bahan yang sulit dicerna dan dapat menyebabkan perut menggelembung.

Makan perlahan-lahan
Hindari makan cepat, karena ketika Anda menelan terlalu cepat, setidaknya udara tertahan dalam usus dan membentuk gas yang dapat memicu penggelembungan perut. Selalu duduk saat makan dan kunyah makan secara perlahan-lahan. Makanan yang tidak terkunyah menjadi bagian-bagian kecil tidak dapat dicerna dengan sempurna yang kemudian menghasilkan banyak gas yang menimbulkan penggelembungan.

Mengurangi konsumsi garam
Terlalu banyak garam dalam diet menambah ektra sodium terhadap cairan tubuh yang memperlambat mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut terasa penuh dan menggelembung.

Konsumsi serat yang tepat
Serat adalah elemen penting dalam diet, tetapi untuk mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan penggelembungan, makanlah serat dalam buah-buahan seperti apel dan pear yang memiliki banyak kandungan air.

Awasi pengobatan
Perut yang mengembang adalah efek samping dari konsumsi obat. Aspirin kadang-kadang menyebabkan masalah perut yang memicu sembelit dan penggelembungan, termasuk pil kontrasepsi.

Hindari sembelit
Sembelit didefinisikan sebagai memiliki lebih sedikit dari tiga kali buang air besar dalam seminggu atau jika terlibat ketegangan. Sebagai akibat perut terasa menambah besar. Untuk merangsang isi perut, tingkatkan konsumsi serat dari buah-buahan dan sayuran, lakukan secara gradual untuk menghindari fermentasi dan produksi gas yang berlebihan.

Olahraga
Olahraga akan membantu menggerakkan cairan dalam perut yang dapat menyebabkan perut besar dengan mendorongnya keluar dari jaringan dan masuk aliran darah dimana akan dilkeluarkan sebagai keringat atau dibawa ke empedu untuk dikeluarkan sebagai urine. Olahraga yang disarankan antara lain aerobik.
tips dari http://pribadi.wordpress.com/2007/06/12/bermasalah-dengan-perut-buncit/

Blog dalam Myblogblog

Sebelum ini penulis mempunyai masalah dalam myblogblog.Penulis tidak dapat mendaftar blog dalam maklumat diri di myblogblog.Penulis sudah mencuba beberapa kali tapi tidak berjaya juga.Namun semalam penulis berjaya juga mendaftar blog ini dalam myblogblog.

Myblogblog adalah cara terbaik dalam mempromosikan blog kita.Penulis agak teruja kerana nama Asm berada kedudukan paling awal dalam tag myblogblog.Sesiapa yang belum mendaftar lagi bolehlah mendaftar sekarang kerana salah satunya adalah meningkatkan rangking blog kita.

Penjenayah siber

Baru-baru ini, Bank Negara mendedahkan statistik penerimaan kira-kira 165 aduan yang melibatkan transaksi kewangan yang dilakukan secara tidak sah atau haram pada tahun 2008. Ia berlaku kerana kelicikan penipu atau juga dikenali sebagai hacker atau fraudster menerusi penghantaran e-mel dan mesej teks. Biasanya penjenayah siber akan menghantar seberapa banyak e-mel kepada seseorang sehingga ia menerima respons yang diingini. Penjenayah itu juga memilih untuk berkomunikasi dengan penerima dalam bahasa yang kerap digunakan atau sama agar memudahkan pertukaran informasi.

Penulis banyak menerima email daripada seseorang yang tidak dikenali.Antara emailnya ialah penulis telah memenangi cabutan bertuah yang dianggarkan berjuta2 ringgit.Penulis email tersebut meminta penulis memberikan maklumat-maklumat peribadi penulis dan menghantarnya melalui email.Hakikatnya penulis tidak peduli dengan tawaran tersebut.Oleh itu berhati-hatilah dengan email ini.Silap percaturan wang dalam akaun kita boleh lesap.

Awie baru

20 Februari 2009

Awie muncul dalam majlis pelancaran filem Dimensi Cinta dengan imej baru. Lihatlah rambutnya ala-ala anak muda gitu.Penulis meminati Wings sejak zaman persekolahan lagi.Lagu-lagunya yang menyentuh perasaan.Pernah popular dengan cerita sembilu.

Hitam kepada putih

Templates baru yang memberikan sedikit perubahan pada keseluruhan blog.Masih di peringkat awal namun kesilapan teknikal telah berlaku pada peringkat awal lagi.


Bahasa rojak

18 Februari 2009

Penggunaan bahasa rojak kerap kali digunakan.Bahasa melayu campur bahasa Inggeris.Kenapa tidak guna satu bahasa sahaja.Agaknya kita sudah biasa dengan cara percakapan sedemikan rupa.Kadang2 mengada-gada pun ada.Tapi itulah yang kerap sangat kita bualkan sesama kita.Antaranya cuba awak try ubat ini.Kesimpulannya kita sudah biasa dengan perbualan atau percakapan begini.Terlalu sukar untuk diubah lagi.Apa pendapat anda?

Marilah kita sama2 memperbaikinya.Cintailah bahasa kita.

Badan berbau

Pernahkah anda mengalami badan berbau atau tercium badan berbau.Inilah yang dialami oleh penulis.Petang tadi pergi ke maybank berselisih dengan seseorang kemudian secara tiba2 tercium bau badannya, terfikirlah penulis bagaimana dia tidak prihatin dengan masalah ini.Penjagaan badan amat penting, kalau muka sahaja cantik tetapi badan berbau boleh jatuh saham dibuatnya.Cubalah pelbagai kaedah atau rawatan sekiranya anda mengalami masalah demikian, kerana kita hidup dalam masyarakat jadi sensitivitinya haruslah dijaga.Selain itu mulut berbau.Ini juga memberikan bau yang kurang menyenangkan, tambahan pula dia menutup hidung apabila kita bercakap dengannya.Adakah anda merasa malu?

Oleh itu jagalah bau badan anda.Walaupun ini bukan masalah besar namun masyarakat pasti kurang selesa dan pasti cuba mengelak apabila berjumpa dengan kita.

Seks di sana sini

17 Februari 2009

Sekarang ramai sungguh wanita berpakaian seksi dan juga seks di sana sini.Pergaulan lelaki dan perempuan tanpa batasan akhirnya mengundang bahaya dan dilarang oleh agama.Namun apabila nafsu menguasai diri segalanya sanggup dilalui.Bayangkan dalam bilik x ray pun dijadikan tempat pemuas nafsu.Kemudian buat rakaman dalam hp dan akhirnya rakaman tersebut tersebar luas.

Beginilah hakikatnya apabila nafsu menguasai diri.Segalanya menjadi asalkan nafsu dipenuhi.Kesannya tanggung sendiri.Beginilah keadaan yang berlaku pada pada sama kini.Pada ahad yang lepas penulis ada membaca akhbar.Dalam akhbar tersebut ada artis mempertikaikan cara dia berpakaian.Dia kata dia x seksi melainkan dia telanjang.Aduhai susahnya bila dah situasi begini.Kemudian dia menjelaskan erti seksi dalam nada yang sinis iaitu perempuan yang tutup atas sampai bawah pun nampak seksi.Jadi maksudnya pandangan seksi adalah mengikut pendapat masing2.Begitulah dunia sekarang begitu cetek pandangan.Dunia maksiat semakin menjadi2 masa kini.

Penyanyi Indonesia

16 Februari 2009

Benar atau tidak fakta ini kebanyakkan orang Malaysia sukakan muzik negara jiran Indonesia berbanding dengan negara kita Malaysia.Contoh nama-nama popular di Malaysia seperti Rossa, Sheila on 7, Letto dan ramai lagi.Muzik mereka seolah olah begitu sedap dan alunannya menyentuh perasaan.Bukan setakat lagu malahan kebanyakkan cerita Indon semua channel ada.Siapa yang tak ingat cerita bawang putih bawang merah, filemnya juga turut popular di Malaysia seperti ayat ayat cinta.

Jadi seolah-olah kita telah sebati dengan lagu2 dari Indonesia.Adakah lagu2 dari Malaysia kurang menyerlah.Cuma bandingkan lagu dealova dengan lagu Malaysia.Begitulah pengaruhnya lagu2 Indonesia di Malaysia.Di mana silapnya kita?salah peminat?salah artis atau memang Malaysia memang ketandusan artis.Mungkin Malaysia hanya terkenal dengan artis yang memberikan gosip panas di dada akhbar setiap hari.Apapun banggalah dengan artis Malaysia.Dulu wings search dan ella sekarang generasi baru seperti Faizal Tahir dan Mawi.Sokonglah industri Muzik di Malaysia.

Perkara perkara yang menganggu hidup

Perkara-perkara yang menganggu hidup ini antaranya:
1.Bila kita minta bantuan orang lain mudahnya kita membantu dia tetapi bila kita minta tolong sedikit sahaja langsung tidak bagi respon.
2.Bila orang pandai memberi arahan kepada kita seolah2 kita tidak boleh rehat sedikitpun tetapi hakikatnya dia punya kerja juga dalam keadaan kelam kabut.
3.Bila kita terlalu berlembut dengan orang orang akan membuli kita secukupnya tetapi bila kita bertegas seolah2 kita di pandang sepi oleh orang lain.
4.Bila kita terlalu sangat untuk mendapat sesuatu tetapi tidak kesampaian adalah sesuatu yang menyakitkan.


Inilah cabaran hidup namanya.Kadang2 teramat sukar untuk merencanakan apa yang kita kehendaki.Namun apabila berlaku situasi demikian terasa amat tidak adil dan diperbudak-budakan.Sebenarnya banyak lagi perkara2 yang menganggu hidup ini namun ini adalah perkara yang amat ketara pada masa ini.

Lelaki cenderung kepada wanita

15 Februari 2009

Secara zahirnya lelaki cenderung kepada wanita dan wanita lebih cenderung kepada lelaki.Lihat sahaja blog penulis kebanyakkan follower adalah wanita dan penulis mengakui sendiri bahawa penulis agak cenderung kepada wanita.Lumrah alam yang telah ditetapkan sejak azali lagi.Bagaikan adam dan hawa.Tetapi janganlah salah sangka kerana yang penting niat kita ingin memeriahkan lagi dunia blog. Dulu penulis dikritik kerana kerana follower semua perempuan.Tapi ada jugak lelaki, cubalah tengok betul betul.Hakikatnya semua blogger memasukkan gambar mereka sendiri dan ini memudahkan blogger berinteraksi.Di Malaysia ada berjuta2 blogger jadilah banggalah anda sekiranya salah satu post anda diberi komen oleh blogger.

Apa pendapat anda blog yang mempunyai banyak alamat blogger menyemakkan atau memudahkan anda?silalah komen.

Gambar kekasih di dalam blog

14 Februari 2009

Berblog memang menyeronokkan, namun ada setengah blog suka sangat tayang gambar kekasih dia.Bukanlah cemburu bukanlah sakit hati sebab penulis agak keliru dengan penampilannya.Tapi blog dia hak dia cuma sekadar luahan.Tak salah kan?
Kadang2 siap buat karangan dialah kekasihku dialah jantung hatiku aku akan kahwin tidak lama lagi.Siap bagi tarikh perkahwinan lagi.Tak salahkan hak anda blog anda.Ikut suka hatilah.

Penulis agak cerewet dalam hal ini.Bukan tak suka mungkin itulah caranya untuk dia memaklumkan satu dunia yang dia telah atau bakal berpunya.Apapun hak anda segalanya di tangan anda.Kadang2 jiwa remaja memberontak untuk merasai diri disayangi dan mencintai antara satu sama lain.

Perempuan juga suka merokok

Hakikatnya orang lelaki suka sangat merokok, walaupun sudah tertera amaran oleh kerajaan merokok membahayakan kesihatan.Penulis bukanlah anti perokok namun penulis sendiri tidak tahan dengan baunya yang menyusuk kalbu.Kadang2 kita lihat begitu ramai hardcore dengan merokok.

Letaklah harga berapa tinggi sekalipun mereka tetap juga merokok, kadang2 terasa amat pelik orang yang merokok lebih nampak sihat berbanding golongan yang tidak merokok.Lihat di mana2 sahaja merokok tidak kira lelaki atau perempuan.Perempuan dengan selambanya menghisap rokok di tempat2 awam.Seolah2 mereka bangga dengan penampilan mereka.Apapun hakikatnya kerajaan masih belum mengharamkan penjualan rokok kerana mungkin salah satu sebabnya memberikan kesan ekonomi kepada negara.Apakah tindakan wajar yang perlu dibuat lagi bagi mereka yang mengalami ketagihan merokok?Yang mengecewakan murid2 darjah 6 juga sudah mula berjinak2 dengan aktiviti ini, cuba bayangkan kalau umur dia 40 tahun sekarang? Bagaimana kesihatan dia sekarang?

10 cara menangani stress

Stres merupakan satu gejala tindak balas yang tidak spesifik oleh individu terhadap beban yang datang dalam bentuk keresahan yang disebabkan cabaran, ancaman atau perubahan yang memerlukan respon.

Bertentangan dengan persepsi ramai orang, stres boleh dibahagi kepada stres yang baik atau positif yang dikenali sebagai eustress dan yang buruk atau negatif distress.

Seseorang yang mengalami stres akan menunjukkan kegelisahan, risau keterlaluan dan gangguan emosi, insomnia (tidak dapat tidur), kurang fokus dan tumpuan kerja serta resah dan cepat marah.

Mereka digalakkan mengambil 10 langkah ‘B’ iaitu bertenang, bernafas dengan dalam, berkata ‘relakslah’, beribadat, bercakap dengan seseorang, berurut, berehat dan mendengar muzik, beriadah, bersenam dan berfikiran positif.

Jangan Meraikan Hari Kekasih

13 Februari 2009

Hari Kekasih adalah hari yang diraikan bagi bagi sepasang kasih yang disambut dengan perasaan kasih sayang antara satu sama lain.Namun ia bercanggah dengan ajaran Islam kerana kerana hari tersebut bukan untuk orang yang beragama Islam.Kesimpulannya di sini Islam mengajar kita agar berkasih sayang bagi pasangan yang sah sahaja namun muda mudi masa kini lebih terdedah kepada kemaksiatan.

Umat Islam yang meraikan Hari Memperingati Kekasih pada 14 Februari boleh dianggap murtad atau terkeluar daripada Islam jika cara melakukannya mirip dengan agama asal perayaan itu, Kristian. Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, hukum itu boleh jatuh kepada mereka berdasarkan sebuah hadis sahih yang menyebut bahawa: “Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut.” Beliau berkata, perbuatan meraikan hari berkenaan juga akan menjadi lebih bercanggah dengan ajaran Islam terutamanya apabila ia dikaitkan sebagai usaha untuk memperingati kematian seorang paderi yang dibunuh seperti mengikut sejarah purba Rom. “Kita umat Islam tidak perlukan budaya atau amalan seperti ini yang jelas bertentangan dengan agama kita. Lagipun ajaran Islam sudah lengkap, sempurna dan diyakini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau mengulas sikap umat Islam di negara ini khususnya muda-mudi yang masih cenderung untuk meraikan Hari Memperingati Kekasih setiap kali muncul 14 Februari biarpun telah banyak penerangan disampaikan oleh para ulama.
ada 3 versi tentang sejarah Hari Kekasih.
Versi 1

Ia diraikan sempena memperingati paderi Kristian bernama Pedro St. Valentino. Dia aktif menyebarkan agama Kristian pada zaman pemerintahan Rom yang pada masa itu diperintah Claudius II. Raja Rom ini memenjarakan orang Kristian kerana mereka mengamalkan agama yang bertentangan dengan agama kuno Romawi. Oleh kerana Valentine salah seorang penyebar agama Kristian, dia ditangkap dan diseksa di dalam penjara.

Namun sepanjang di dalam penjara pun, Valentine tetap sebarkan agama Kristian kepada banduan-banduan. Raja Rom mengetahui kegiatan Valentine dan memerintah Valentine dihukum bunuh pada 14 Februari. Lantaran itu, orang Kristian memandang mulia kepada Valentino kerana kesanggupan mengorbankan nyawa kerana kepercayaan, kecintaannya terhadap syiar agama Nasrani iaitu agama Kristian. Malah sehingga mereka menyamakan Valentino seperti Nabi Isa.

Sumber-sumber menyatakan, ketika St. Valentine dalam penjara, beliau jatuh cinta pada anak seorang pegawai penjara. Kesalahan ini menyebabkan beliau boleh dibunuh, tetapi sebelum itu Raja Claudius II memberi kepadanya pilihan, sama ada meninggalkan agama Kristian yang dianutinya atau menerima hukuman bunuh. Beliau rela dibunuh, tetapi sebelum itu beliau sempat menulis surat cinta kepada gadis tersebut dengan menurunkan tanda tangan From your valentine (Daripada Valentinemu).

Sejak peristiwa itu, orang Kristian mengambil sempena 14 Februari pada setiap tahun untuk merayakan hari kasih sayang bagi memperingati hari kematian St. Valentine, paderi kesayangan mereka.

Versi 2
St. Valentine dibunuh kerana mengahwinkan ramai pemuda secara rahsia sedangkan undang-undang Rom pada ketika itu menghalang pemuda-pemudanya berkahwin dan berkeluarga. Mereka dikerahkan untuk menjadi tentera sahaja. Perbuatan ini mendatangkan kemarahan Raja Rom dan ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung pada 14 Februari 269 Masihi.

Versi 3
Ia dirayakan sempena kejatuhan Islam di Cordova, Sepanyol. St. Valentine merupakan orang yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu.

Dengan jasanya itu, Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 adalah tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

Bayangkan kalau kita meraikan hari ini, sudah tentu ia menandakan kita sendiri merayakan kejatuhan agama Islam itu.

Kerja yang tertangguh

10 Februari 2009


Kerja suka sangat tertangguh sehingga menjadi satu peringkat yang kritikal.Kadang2 sudah sampai tahap extra time kerja masih lagi belum disiapkan.Apabila kerja yang belum disiapkan ditambah dengan kerja yang baru akhirnya kerja menjadi bertambah dan menyusahkan kita untuk menyiapkannya.Kerja pada awalnya nampak agak senang namun jika tertangguh kita hampir lupa cara nak menyiapkan kerja tersebut.

Kadang2 ia membawa kita kepada tahap yang amat membosankan dan tekanan yang teramat sangat.Apabila kerja itu sudah sampai tahap expired nya ia pasti menyusahkan kita.Kita menjadi terlalu tertekan dengan kerja yang nak disudahkan.Kita mengakui kerja sampai bila tidak akan habis namun jika bertangguh kesannya amat buruk.Jadi kepada semua blogger janganlah kerja bertangguh akhirnya akan menyusahkan kita kemudian hari. Cara terbaik listkan segala kerja nak dibuatkan fokuskan kerja yang mesti disiapkan dahulu.Harap kerja tidak tertangguh lagi.

Berblog menyeronokkan atau mengecewakan?

09 Februari 2009


Berblog adakalanya menyeronokkan adakalanya mendukacitakan.Berblog satu hobi yang menyeronokkan sehingga kita sanggup berjam2 di hadapan komputer.Berblog sentiasa dengan idea baru citarasa baru luahan baru, apa sahaja boleh diluahkan di dalam blog.Ia sesuatu yang menyeronokkan apabila ramai pengunjung mengunjungi blog kit.a Mereka juga turut memberi komen setiap post yang dilontarkan dan juga mengucapkan sesuatu di dalam shoutbox.Cuma berblog ini adakalanya memberi rangsangan yang kurang memuaskan atau lebih mendukacitakan.

Antaranya ialah apabila tiada siapa yang memberikan komen pada post yang kita lontarkan.Kemudian shoutbox tiada perubahan di mana para pengunjung tidak meninggalkan alamat untuk dijejaki.Akhirnya blog kita kurang mendapat sambutan, kemudian follower kita tidak bertambah dari semasa ke semasa. Jadi ini membuatkan kurang gairah untuk menghasilkan post yang menarik. Kadang2 kita menjangkakan post kita menarik namun masih kurang mendapat perhatian dari blogger.Kadang2 kita juga merasa pelik bagaimana sesuatu post dengan ayat yang cukup mudah dengan ucapan terima kasih pun sampai 20 orang memberi komen jadi cuba bayangkan betapa tarikannya menambat hati para blogger yang lain seterusnya menjadi follower.Penulis bukanlah cemburu atau iri hati namun sekadar ingatan kepada penulis bahawa apa yang hendak disampaikan biarlah ikhlas di hati kita dan cepat berpuas hati.Ingatlah semua orang mampu menyiapkan blog namun persembahannya masih menjadi teka teki dengan sambutan blogger yang lain.Tepuk dada tanya selera anda.

Lupa id atau password?


Pening kepala dibuatnya,banyak sangat email yang kena ingat, banyak sangat password yang dibuat kemudian bila nk cuba buka sesuatu email password pulak terlupa.Penulis mempunyai 8 email yang mempunyai ciri2 yang unik akhirnya bila nak try password xblh login pula.Akhirnya menyusahkan diri sendiri.

Memang dirasai kita selalu sangat berhadapan medium untuk kita register, mcm2 nama atau id yang hendak kita letakkan kemudian nak letak password pulak. Sekiranya tiada catatan tidak dibuat pasti amat mengelirukan kita semula. Cuba ambil pen dan kertas catatkan betapa banyak web berapa email dah kita lalui.Kalau tiada catatan maklumat tersebut pasti menyusahkan kita semula. Cth penulis ada mendaftar di Technorati apabila masukkan email atau id kemudian password keputusan not matching akhirnya penulis akur di mana silapnya semula. Akurlah banyak sangat maklumat yang memerlukan email atau id kemudian password. Anda mesti sudah mendaftar di facebook,myspace, friendster atau hi5 namun ingatkah apa passwordnya.Jadi cara terbaik create satu nama yang paling sinonim dengan kita sekurang2nya tiga nama dan password bila mengunakan password yang sama.Kita lihat hasilnya nanti.

Tarif elektrik turun 10 peratus

08 Februari 2009


Itu berita baik buat rakyat apabila Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi akan mengumumkan kadar baru tarif elektrik secara rasmi pada 1 Mac ini.

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata di sini semalam, ia membabitkan penurunan sebanyak 7 hingga 10 peratus melibatkan rumah kediaman dan sektor perindustrian.


Apapun kita hendaklah berjimat cermat bukan membazir tak kena tempat.Diharapkan banyak perkara lagi hendaklah diturunkan untuk kebaikan rakyat.

Keenakan ayam goreng RFC

07 Februari 2009

Mungkin ada di kalangan kita sudah merasai ayam goreng RFC. Penulis begitu tertarik dengan usaha gigih syarikat tempatan bersaing dengan produk yang sedia ada di pasaran dalam menarik perhatian para pelanggan.Antaranya adalah syarikat HPA.
HPA Industries Sdn Bhd (HPA) melangkah setapak lagi dalam visinya menyediakan produk halal dan berkualiti kepada orang ramai apabila membuka restoran pertamanya, Radix Fried Chicken (RFC), semalam.Syarikat jualan langsung (MLM) milik Bumiputera itu antara terbesar di negara ini yang terkenal dengan jenama Kopi Radixnya, membuka cawangan pertama RFC di Lagenda Heights, bersebelahan Village Mall di Sungai Petani, Kedah.Pengarah Urusannya, Ismail Ahmad, berkata HPA mensasarkan membuka 20 cawangan RFC menjelang akhir 2009.Menurutnya, syarikat itu menawarkan sistem francais kepada 500,000 ahlinya di Malaysia untuk membuka cawangan RFC di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.

Katanya, sistem francais itu terbahagi kepada dua kategori iaitu bernilai RM1 juta dan RM500,000.“RFC adalah jawapan kepada pelbagai masalah yang membelenggu masyarakat kebelakangan ini, terutama ayam yang dikhuatiri disuntik vaksin haiwan seperti babi yang bukan saja haram kepada umat Islam, tetapi berbahaya kepada kesihatan manusia keseluruhannya.“Di RFC, kami menggunakan ayam organik yang diternak sendiri HPA yang dijamin bebas daripada vaksin kerana menggunakan herba sebagai makanannya seperti daun mambu, kunyit dan Tongkat Ali.
“Pada masa sama, semua produk digunakan di dalam RFC adalah keluaran HPA yang berasaskan herba dan bebas daripada bahan kimia termasuk sos, minuman dan lain-lain,” katanya ketika majlis pelancaran RFC, semalam.Selain ayam goreng asli dan pedas yang menggunakan ramuan herba terpilih, RFC juga menyediakan pelbagai set makanan lain termasuk burger, sosej, kentang goreng dan putar, sayur bermayonis dan ais krim.RFC turut menyediakan minuman Kopi Radix, Cola Radix, Sarsi Radix selain jus roselle dan mangga.
Rujukan:

Waktu operasi RFC :

Isnin - Ahad : 10.30 pagi - 11.00 malam

Tutup hanya pada hari Jumaat : 12 tengahari - 2.30 petang

Menu :

* Ayam goreng berperasa Asli (Original) & Pedas (Spicy)
* 5 jenis Value Meal
* Seleksi Kentang Goreng, Burger, Radix Cola/Sarsi, Oren, Strawberry

"LAZAT LAGI BERKHASIAT!"

RADIX FRIED CHICKEN

Lot.95-97 Jalan Legenda Height

08000 S.Petani, Kedah

No.Telefon RFC: 04-4254717

Penampilan baru Misha Omar

Penyanyi yang sedang popular masa kini dengan lagunya cinta adam dan hawa, Misha Omar dengan fesyen rambut yang terbaru yang pendek ala artis Hong Kong.Artis-artis sentiasa membuat penampilan yang berbeza agar menjadi perhatian orang ramai.

Apakah pendapat anda?Rambut pendek atau rambut panjang menjadi pilihan anda?

Kurangnya siaran langsung


Sebenarnya sudah lama ingin diluahkan iaitu berkaitan dengan siaran langsung bola sepak.Bola sepak di Malaysia bukanlah sehebat Liga Perdana Inggeris tetapi para peminatnya masih ramai.Cuma agak kecewa tayangan siaran langsungnya amat kurang.Cuma hari Sabtu sahaja yang ada tetapi hari lain memang tiada.

Oleh itu diharapkan stesyen tv peka dengan luahan peminat.Bukan tidak sudi datang ke stadium tetapi sekurang2nya label bola sepak Malaysia masih diikuti oleh penyokong Malaysia.Apa komen anda?

Menaiki motorsikal sambil sms

06 Februari 2009


Pada petang tadi ternampak seorang perempuan sedang menaiki motor, sambil tangannya sedang asyik sms.Bayangkan ketika hendaklah melintas jalan pun perempuan itu juga masih sibuk dengan smsnya. Begitulah hebatnya peranan sms masa kini sehingga nyawanya turut terancam.Kita boleh melihat sekarang peranan sms cukup hebat.Kita lihat mereka sms di mana-mana sahaja.Atas motor, ketika memandu, ketika makan, ketika di dalam tandas tanpa mengira waktu tempat atu keadaan pada masa itu.

Pelbagai persoalan timbul mengapa berlaku demikian?Adakah terlalu pentingnya sms tersebut sehingga sanggup melakukan keadaan yang membahayakan diri sendiri.Tidak dinafikan kegilaan kepada sms begitu menjadi2 sejak kebelakangan ini.Bayangkan dalam sehari sampai 100 sms dan blh mencecah ke angka 500 sms.Kadang2 kanak kanak berumur 7 tahun juga sudah pandai sms.Jadi sms bukanlah suatu perkara asing bagi kita.Cuma kita kurang mengkaji apakah kepentingan sms kepada kita sebenarnya.Bagi yang bercouple mungkin sms adalah nyawa mereka. Mengikut fungsinya sms adalah untuk memaklumkan sesuatu perkara dalam bentuk yang paling mudah cepat dan pantas selain daripada menelefon.Apapun terpulanglah kepada individu, fikirlah betapa ruginya anda sekiranya sms yang membuang masa tanpa faedah sedikit pun, jadi manfaatlah sepenuhnya dengan sms.

Selamat Datang ke Negara kelahiran LIN DAN



Gambar di atas adalah gambar yang dikirim oleh member yang kini berada di negara China.Pada mulanya penulis beranggapan beliau sekadar berjenaka tapi jangkaan tersebut meleset sama sekali. Peluang melancong yang amat sukar dilepaskan. Hakikatnya penulis mungkin tidak mampu ke sana malahan untuk ke Sabah atau Sarawak juga tiada dalam perancangan, begitu ke Medan Indonesia juga tiada dalam aktiviti pelancongan.Tidak semua dapat peluang begini.Satu destinasi yang cukup menarik untuk dilawati.

Namun sekurangnya kita dapat berkongsi dengan pengalaman orang lain sesuai dengan tujuan blog ini diwujudkan.Hayatilah keindahan berkongsi lah keriangan.jadi pilihlah destinasi yang anda rancangkan, ada bajet pergilah melancong.

Dr. Zambry Menteri Besar Perak yang baru

05 Februari 2009


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir diumumkan Menteri Besar Perak yang baru dan akan mengangkat sumpah jawatan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, 3.30 petang esok.Barisan Exco kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) pula akan mengangkat sumpah di istana yang sama pada 10 Februari ini.Pengumuman mengenainya dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Pangkalan TUDM di sini malam ini sekembalinya dari menghadap Sultan Perak di Istana Kinta, Ipoh.


Apakah pendapat anda?Apakah warna anda?Bagaimana masa depan politik kita?Apapun diharapkan orang Melayu hendaklah bersatu padu demi negara yang tercinta.

Citarasa di Taiping






Selamat datang ke Bandar Taiping.

Bukan kali pertama datang ke Taiping cuma kebetulan cuti hari selasa jadi melanconglah ke Taiping.Di Taiping banyak tempat menarik antaranya Taman Tasik Taiping, tempat yg sesuai untuk berdating untuk beriadah bersama keluarga berkelah bersama rakan tercinta.Kemudian jgn lupa menikmati cendul yang cukup famous di Taiping iaitu Restoran Ansari.Memang rasanya sangat mantap sehingga satu mangkuk pun belum cukup. Kemudian singgah la di Restoran Keatiaw Goreng Doli.Rasanya yang cukup sedap dan memenuhi selera setiap pengunjung yang datang.Bayangkan pekerjanya tidak menang tangan dalam melayan tetamu.Jadi silalah datang ke Taiping untuk menikmati hidangan tersebut.
Selanjutnya taip di sini untuk paparan penuh.

Perubahan dari segi layout

03 Februari 2009


Kali pertama membuat pertukaran dari segi layout untuk tatapan anda semua. Cuba lihat gambar di atas yang diambil dari flickr satu paduan warna yang menarik (hijau, orange n hitam).Mungkin ada beberapa sudut lagi yang perlu diperbaiki namun persembahan atau penonjolan blog adalah mengikut citarasa masing2, bak kata Marzuki dalam blognya

http://dilarangmelarang.com/
, ikut suka akulah, di mana dia benci dengan layout dia sendiri. Apapun komen pandangan kutukan anda adalah amat dihargai kerana kreatifnya kita adalah hasil usaha kita sendiri.Tidak dilupakan tuan punya themes ini iaitu ien yang sekarang ini senyap dari karyanya sendiri.Mungkin akan muncul tidak lama lagi. Jadi silalah beri komen anda.Terima kasih.

Tafsiran Bulan Kelahiran

JANUARI

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi


FEBRUARI

* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC

* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL

* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

* Keras hati & degil.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros

JUN

* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI

* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

OGOS

* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

SEPTEMBER

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

OKTOBER

* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat

NOVEMBER

* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Trailer Filem Geng: Pengembaraan Bermula Upin & Ipin


Pengembaraan Bermula (juga Geng: The Adventure Begins) di negara-negara luar terpilih, asalnya Geng: Misteri Hantu Durian) dilaungkan sebagai filem cetera animasi 3D pertama yang dihasilkan di Malaysia. Filem yang telah dibangunkan oleh syarikat Les’ Copaque Production ini bakal menemui penonton di pawagam-pawagam seluruh Malaysia pada 12 Februari 2009.


Seronok tengok gelagat upin dan upin apabila mereka beraksi walaupun hakikatnya menggunakan suara yang sama.Jadi marilah kita saksikan kemunculannya di pawagam yang berdekatan, betul, betul...

Satu SMS akhiri kontrak Sathia

02 Februari 2009


MESEJ menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) sudah cukup mengakhiri tempoh B Sathianathan sebagai jurulatih skuad kebangsaan.

Sejurus aksi buruk skuad negara di Piala Suzuki-AFF, Sathianathan seakan diberikan harapan dengan penyambungan kontrak selama setahun pada 15 Disember lalu, ketika umum berpendapat sebaliknya. Namun kisah berbeza terlakar semalam.


Tiada apa yang mampu dinyatakan jurulatih kelahiran Perak itu sekadar akur dengan keputusan FAM menerusi SMS daripada Setiausaha Kehormatnya, Datuk Azzuddin Ahmad, selepas Mesyuarat Eksekutif badan induk itu sebulat suara menyingkirkannya dan pengurus pasukan, Datuk Soh Chin Aun.

Mymode-segalanya untuk anda

Promosi mymode yang terkini sungguh lumayan, sesiapa yang berminat boleh menghubungi saya.Layari lah di sini.
Mymode adalah cari mudah cepat dan senang untuk topup.Layari laman web http://mymode08.blogspot.com/ untuk maklumat lanjut.

Blog Aznil Hj Nawawi

01 Februari 2009

Zaman sekarang bukan setakat student jer minat berblog tapi artis sekarang juga sakan berblog.Penulis ada mengikuti beberapa orang artis dan personaliti popular di antara paknil.
Kalau nak tau, inilah satu-satunya selebriti kelahiran Universiti Malaya selepas Sudirman yang hebat. Yes, Aznil bekas graduan ekonomi Universiti Malaya dan orang tengok dia pun akan percaya dia dilahirkan oleh universiti paling prestij di negara ini. Aznil telah menaikkan nama Universiti Malaya tapi kita kena ingat juga bukan semua orang keluar Universiti Malaya boleh “menjadi orang”.Pengisiannya juga agak menarik juga disertakan aktiviti yang mereka jalankan.Jom follower mereka.

Jangan cabut gigi saya


RAMAH sekali bicara pemilik nama sebenar, Mohd Yusof Abdul Hamid atau dikenali dengan nama komersialnya, Os. Biar sesekali irama suaranya turun naik mengikut topik bicara, Os sempat berlawak.

"Jangan cabut gigi saya. Kalau tidak, macam mana saya nak makan," katanya saat ditanya apa yang mahu dia katakan kepada khalayak mengenai kehadirannya sebagai salah seorang pelakon komedi yang disegani.Malah kerana 'kelebihan' giginya itu, dia sering menjadi bahan lawak fizikal. Tapi kata Os, sedikit pun dia tidak ambil hati kerana lawak sedemikian memang wujud dalam jalur lawak yang sedia ada.

"Saya menerima lawak itu dengan terbuka. Ini memang konsep komedi yang betul. Saya cuma tak suka balas sebab saya reda. Lagipun kalau saya balas, nanti bertumbuk pula atas pentas.

Mr Os adalah orang kampung teman, orang kuale.

Awasi Chikungunya


Penyakit Chikungunya adalah demam yang disebabkan oleh virus daripada genus Alphavirus di dalam keluarga Togaviridae. Ia berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes albopictus atau Aedes aegypti yang membawa virus tersebut.

Ramai melabelkan Chikungunya sebagai 'adik-beradik' denggi yang turut berpunca daripada gigitan aedes yang menyebarkan virus penyakit tersebut.

Antara simptom-simptom adalah seperti demam panas mengejut (demam yang mendadak boleh mencapai suhu 39 darjah Celcius), sakit teruk pada sendi (terutamanya sendi lutut, pergelangan dan jari), ruam pada badan dan sakit kepala. Seseorang pesakit boleh mengalami demam dari satu hingga lima hari atau seminggu.

Penyakit Chikungunya sering disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi.Pendek kata, penyakit ini tiada vaksin. Namun pada masa yang sama, doktor akan memeriksa pesakit secara keseluruhan bagi mengenepikan kemungkinan penyakit lain yang lebih berbahaya.

Maka, sekiranya anda mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit Chikungunya, anda dinasihatkan agar segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat.