Dividen 1 sen

31 Mac 2009

Amanah Saham Kedah Berhad (ASKB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi Tabung Amanah Saham Kedah (Tabung ASK) pada kadar satu sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 28 Februari 2008.sila baca akhbar utusan hari ini.

Selanjutnya taip di sini untuk paparan penuh.

Robert Kubica

30 Mac 2009

Kecewa dengan robert kubica kerana kedudukannya sudah berada di tempat kedua dan hanya tinggal beberapa pusingan lagi hendak dihabiskan, malangnya apabila ingin memotong vettel beliau berlanggar sesama sendiri ketika di selekoh, akhirnya kedua2 pelumba gagal meneruskan cabaran.Brawn gp menunjukkan aksi yang luar biasa apabila menang tempat pertama dan kedua.

Selanjutnya taip di sini untuk paparan penuh.

Hafiz kalah

Hafiz kalah dalam perlawanan akhir terbuka India 2009.Untuk maklumat lanjut boleh mengunjungi ruangan sukan untuk anda.


Selanjutnya taip di sini untuk paparan penuh.

Warna kelabu

Pening dengan warna. Saya bergelut dengan pemilihan warna sejak 2 minggu yang lepas, sy pening warna apakah yang sesuai untuk tempat saya. Akhirnya saya pilih warna.Sedihnya warna tersebut kelabu bak kelam dari pandangan.Hilang idea potensi diri akibat dari warna.Malangnya tiada pilihan lagi, itulah sahaja yang ada.Nak cat lain terpaksa mengambil masa melibatkan wang yang tinggi.Inilah akibatnya menganggap biasa akhirnya menjadi luar biasa.Sukar nak digambarkan betapa hampanya diri ini.Pilhan warna adalah warm colour, adakah siapa yang setuju dengan saya?Sampai sekarang masih sukar nak terima kenyataan semua orang mengatakan memberi komen inilah hasilnya yg terjadi.Sikap yang terburu2, akhirnya memakan diri sendiri, sikap yang ambil mudah pada peringkat awalnya memakan diri sendiri.Harap2nya adalah agenda lain yang dapat mengubah minda ini untuk memikirkn tentang hal lain pulak. Perjalanan hidup masih panjang selagi nyawa di kandung badan.Alangkah indahnya dunia kalau bangunan tersebut mcm blog boleh ditukar warna setiap masa.

FI sudah bermula

28 Mac 2009


Saya merupakan peminat sukan no 1 bagi formula one.Pasukan pilihan saya ialah bmw sauber team.Mungkin saya minat team ini sebab Petronas adalah merupakan penaja utama bagi team ini.Saya tidak pernah melepaskan peluang menyaksikan permulaan ini secara langsung di Astro.Kini nt7 telah dilantik secara rasmi oleh Litar Antarabangsa Sepang sebagai Hos Penyiar untuk Kejohanan Dunia Formula Satu 2009, yang akan bermula hujung minggu ini pada Jumaat, 27 Mac 2009 di Melbourne, Australia.

Yonex Sunrise India Open 2009

Muhammad Hafiz Hashim layak ke perlawanan akhir dalam Terbuka India.Lee Chong Wei telah tewas peringkat awal lagi kepada pemain kurang ternama dari China,puncanya Lee Chong Wei mengalami keracunan makanan.Berikut jadual perlawanan akhir.

Ct.1
1. Starting at 2:00 PM XD
Flandy LIMPELE [3] [INA] [INA]
Vita MARISSA [INA] [INA]
-
[IND] [IND] Diju VALIYAVEETIL [2]
[IND] [IND] Jwala GUTTA

2. Followed by MD
Tan Fook CHOONG [1] [MAS] [MAS]
Wan Wah LEE [MAS] [MAS]
-
[SIN] [SIN] Hendri Kurniawan SAPUTRA
[SIN] [SIN] Hendra WIJAYA

3. Followed by WD
Vita MARISSA [INA] [INA]
Nadya MELATI [INA] [INA]
-
[CHN] [CHN] Jin MA
[CHN] [CHN] Xiaoli WANG

4. Followed by MS
Muhammad Hafiz HASHIM [10] [MAS] [MAS]
-
[INA] [INA] Taufik HIDAYAT [2]

5. Followed by WS
Hongyan PI [1] [FRA] [FRA]
-
[MAS] [MAS] Julia Pei Xian WONG [5]

60 earth hour


Terima kasih sokongan anda.Jadilah rakyat Malaysia yang prihatin.


Selanjutnya taip di sini untuk paparan penuh.

love of my life

26 Mac 2009

Love of my life
You've hurt me
You've broken my heart
And now you leave me
Love of my life
Can't you see
Bring it back, bring it back
Don't take it away from me
Because you don't know
What it means to me
Love of my life
Don't leave me
You've taken my heart
You now desert me
Love of my life
Can't you see
Bring it back, bring it back
Don't take it away from me
Because you don't know
What it means to me
You won't remember
When this is blown over
And everything's all by the way
When I get older
I will be there
At your side to remind you
How I still love you, I still love you
Back, bring it back
Don't take it away from me
Because you don't know
What it means to me
Love of my life
Love of my life

Selanjutnya taip di sini untuk paparan penuh.

Postpaid atau prepaid?

Saya sekarang menggunakan prepaid maxis.Tapi penggunaan prepaid juga agak banyak.Kadang 2 tidak menentu jumlah top up yang digunakan.Kadang2 boleh dikatakan rm10 pun boleh habis dalam masa satu hari.Paling ketara kalau call atau sms operator yang lain.Memang terasa kredit cepat habis.

Kini sy mungkin ingin beralih kepada postaid maxis atau celcom.Yang 2 lagi operator tu boleh diabaikanlah sebab xramai member atau keluarga yang menggunakannyaSekarang saya berfikir perbandingan di antara penggunaan anggaran rm50 kedua-dua operator tersebut.Anda ada pengalaman penggunaan postpaid, berkongsilah dengan saya.

Tabiat yang sukar untuk diubah

25 Mac 2009

Saya faham 2 tabiat yang amat sukar untuk diubah sehinggalah ke hari ini.Sepatutnya perkara ini sudah lama ditinggalkan sejak dahulu lagi.Tetapi sampai sekarang terlalu sukar untuk berubah.Lihatlah berapa ramai lagi orang yang mengamalkan 2 tabiat ini yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada tubuh badan.

yang pertama:suka minum ais samada malam atau siang, cuaca panas atau sejuk.Gula mesti terasa dalam minuman.
yang kedua:suka makan malam atau lewat malam.Makan makanan yang berat sehingga susah nak bergerak.Yang paling mantap makan nasi dengan berulamkan ais sejuk.fikirkanlah kesannya.
Tapi hakikatnya susah nak ubah sehinggalah ke hari ini.

Pengacara popular

23 Mac 2009

Minggu lepas dalam surat khabar kosmo heboh memperkatakan tentang pengacara popular yang berkemban namun saya agak sukar meneka siapa pengacara tersebut.Dalam melodi barangkali tidak didedahkan siapa pengacara tersebut.Namun saya agak terkejut apabila membuka salah satu alamat di dalam sensasi untuk anda. Anda juga mesti tidak percaya pengacara tersebut sanggup diambil gambarnya dalam keadaan separuh bogel.Diharapkan pengacara tersebut segeralah menafikan gambar tersebut demi menjaga nama baik pengacara tersebut.I FOLLOW

Selanjutnya taip di sini untuk paparan penuh.

Ramai guru sakit jiwa

22 Mac 2009

BEBANAN kerja sebagai guru semakin kompleks kerana selain mengajar, mereka juga terpaksa menyediakan soalan-soalan peperiksaan dari semasa ke semasa, mengisi buku kedatangan, buku disiplin dan ringkasan mengajar, borang kesihatan dan rekod kemajuan murid, kelab dan persatuan, serta mengendalikan persiapan hari sukan.

Justeru, guru-guru dikatakan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan sehingga boleh membawa kepada penyakit mental yang serius seperti bipolar, kebimbangan melampau dan kemurungan.I FOLLOW


Selanjutnya taip di sini untuk paparan penuh.

Fulham 2 MU 0

Agak panas keputusan ini.2 pemain MU diarahkan keluar padang.Permainan tidak menjadi buat mu.Barisan pertahanan yang cukup goyah di tambah bahagian serangan yang kurang menjadi.Mata antara pasukan lain semakin dekat terutamanya Liverpool.Musuh seteru di mana mu kalah 2 kali kepada Liverpool.Namun peluang masih ada.Perbaiki barisan pemain.Peluang untuk menang masih terbuka luas.Penyokong mu teruskan sokongan anda.I FOLLOW

Selanjutnya taip di sini untuk paparan penuh.

Tidak ada maknanya

Tidak ada maknanya kalau muka cun tapi ketiak hangit.Tidak ada maknanya kalau muka handsome tapi mulut bau longkang.Tidak ada maknanya kalau hidup mewah tapi hutang keliling pinggang.Apakah tidak ada maknanya bagi kehidupan anda.Silalah beri pandangan.I FOLLOW

Selanjutnya taip di sini untuk paparan penuh.

Follower me

Mulai hari ini follower sudah tidak difokuskan lagi. Ini bermakna saya akan follow awak samada awak akan follow saya ataupun tidak.Saya berpendapat tidak ada maknanya follow kalau kita sendiri agak keberatan untuk follow yang lain.

Selanjutnya taip di sini untuk paparan penuh.

Saya kini adalah Nurul Wahab

19 Mac 2009


Nurul memberitahu, kini dia mahu dikenali dengan nama Nurul Wahab kerana apa yang ditampilkannya kini jauh berbeza jika mahu dibandingkan pada zaman dia menjadi artis dan juga ketika bersama dengan Ajai."Tangis Syukur merupakan lagu pengenalan yang juga merupakan satu petanda kepada peminat dan masyarakat bahawa saya bukan seperti Nurul yang mereka kenali dulu.

Untuk maklumat lanjut sila baca utusan hari ini.

Nafsu buas


Pertama kali melihat nafsu buas seorang lelaki terhadap makanan.Sebenarnya ayat yang sesuai ialah nafsu makan yang cukup menyelerakan.Tadi pegi restoran order makanan dan minuman.Ada 2 orang lelaki tunggu makanan.Apabila makanan sampai terlihat 4 pinggan nasi goreng.Jangkaan saya mereka tunggu kawan mereka datang.Rupanya mereka melahap keempat2 nasi dalam pinggan tersebut.2 pinggan bersamaan satu orang.Terkejut jugak sebab ini pertama kali melihat keadaan begitu.Hakikatnya kita makan di rumah pun 2 kali tambah cuma khalayak ramai cover malu la sikit.Tetapi budaya orang Malaysia termasuklah saya suka makan waktu malam.Makanan yang di order berkhabohidrat yang tinggi pulak tu.Ada nasi goreng, air sirap dan yang paling mantap roti canai dua keping, teh tarik pekat kemudian sedutan rokok yang menyaksikan kepuasan teramat sangat.Susah untuk berubah atau tidak sanggup untuk berubah?Fikir2kan.

Selanjutnya taip di sini untuk paparan penuh.

Public phone


Public phone menjadi sunyi sepi sebab kebanyakkan orang dah guna hp.Dulu public phone menjadi sasaran vandalisme di mana diconteng, gagangnya tiada dan mcm2 lagi yang berlaku pada public phone.Dulu nak mencari public phone yang kosong punylah susah.Ramai betul orang bergayut kat telefon awam.Kadang2 terpaksa menunggu berjam2 lamanya sampai satu tahap nak bakar jer telefon tersebut.Tapi sekarang public phone pun susah nak jumpa.Kalau ada pun rupanya sangat cantik seperti telefon di dalam rumah.Silalah komen.
Selanjutnya taip di sini untuk paparan penuh.

CSI-Miami

17 Mac 2009


Saya sangat meminati drama tv csi-miami.Saya suka corak siasatannya yang cukup teliti dan pelakonnya juga hebat memberikan kesan yang cukup mendalam kepada cerita tersebut.Penulis begitu meminati hero tv series tersebut iaitu David Caruso.Cara percakapannya yang begitu berhati-hati dan begitu spontan menjawab soalan.Berikut adalah biodata aktor tersebut.
  • Born: 7 January 1956
  • Birthplace: New York, New York
  • Best Known As: That redheaded guy who quit N.Y.P.D. Blue

David Caruso made his big splash as Detective John Kelly in the first season of the hit TV show N.Y.P.D. Blue (1993), although fans of cop shows remember him from his appearances in the 1980s on Hill Street Blues and Crime Story. After one season on N.Y.P.D. Blue (plus four episodes), Caruso quit the show to pursue a film career. He appeared in the movies Kiss of Death (1995, with Samuel L. Jackson and Nicolas Cage) and Jade (1995), but his much-publicized leap to the big screen famously fizzled. Since then he has returned to television for a brief run in Michael Hayes (1997, written by Paul Haggis), appeared with Russell Crowe and Meg Ryan in the feature film Proof of Life (2000) and landed the lead role in the TV series C. S. I.: Miami (2002).



Selanjutnya taip di sini untuk paparan penuh.

Usia blog

Sedar atau tidak blog ini sudah setahun usianya.Namun pencapaiannya masih di anggap sederhana.Blog ini masih lagi dalam pembikinan.Blog ini masih mencari penyesuaian.Blog ini masih lagi mencari pembaharuan.Namun bersyukurlah dengan apa yang ada.

Selanjutnya taip di sini untuk paparan penuh.

Karenah berblog

Blogger inginkan kelainan dalam penampilan blog mereka.Blogger kadang2 memberi tumpuan pada post yang nak disampaikan atau pada make up blog mereka.Saya ingin menyenaraikan kegemaran pengunjung untuk melihat blog yang lain daripada yang lain.Mungkin ini adalah pendapat saya namun hak individu untuk menerimanya.
  1. Penulis blog yang sejujurnya menceritakan tentang keadaan dirinya yang sebenarnya.Tanpa ada had atau batasan.Apa sahaja aktiviti yang dibuat dicatatkan di dalam blog.Pengunjung gemar follow kerana dia memaparkan kehidupannya yang sebenarnya.Secara langsung komen berlambak2 dalam post tersebut.Kemudian adalah sedikit kelebihan sekiranya mempunyai paras rupa yang cantik dan menawan.
  2. Blog yang tiada had sempadan.Maksudnya tidak peduli dengan bahasa yang digunakan.Aku kamu kemudian ada juga ayat mencarut,menjijikkan dan meloyakan.Pengunjung selesa mengikutnya kerana tidak sanggup hidup kepuraan2 sebab nak tunjuk itulah kehidupan yang sebenar dialalui.
  3. Bahasa ala sms cukup digemari oleh pengunjung.Kebanyakkan blogger menggunakan bahasa sms sekerap yang mungkin kerana pengunjung agak bosan menghayati ayat ayat formal mcm blog asmo77.hehehe
  4. Pengunjung suka post yang agak spontan tetapi meninggalkan makna dalam mendalam kepadanya.Kadang2 ucapan terima kasih pun pengunjung suka memberi komen sebab memberi makna kepadanya.
Sebenarnya ada lagi tapi cukuplah setakat ini.Mungkin untuk post-post yang akan datang.Selamat berblogging.

Selanjutnya taip di sini untuk paparan penuh.

Teluk Batik



Semalam pergi ke Teluk Batik.Tujuannya untuk merehatkan minda dan jiwa.Pemandangan yang cantik menyejukkan mata memandang.Kemudian terus pergi ke Lumut.Sesiapa yang berhajat untuk pergi ke Pangkor destinasi yang terbaik untuk dilawati.Di Lumut banyak tempat menarik untuk dilawati, salah satunya ialah di sekitar perhentian untuk pergi ke Pulau Pangkor.Makanan laut antara barangan utama dijual di sekitar Lumut.Kemudian barangan cenderamata juga turut dijual di sini.

Selanjutnya taip di sini untuk paparan penuh.

Lin Dan akhirnya tewas

16 Mac 2009

Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei menjuarai Terbuka Switzerland apabila berjaya menewaskan musuh tradisinya, Lin Dan dari China pada perlawanan akhir Siri Super itu sebentar tadi. Chong Wei menang dengan straight set 21-16, 21-18.Chong Wei menunjukkan semangat juang yang tinggi dengan membalas setiap pukulan padu oleh Lin Dan. Chong Wei bermain lebih yakin berbanding dengan pertemuan mereka pada All England minggu lepas.Pasangan beregu negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong turut mencatat kemenangan ke atas Mathias Boe-Carsten Mogensen untuk turut menjuarai Terbuka Switzerland pada perlawanan akhir beregu lelaki. Kien Keat-Boon Heong menumpaskan pasangan Denmark itu dengan straight set, 21-14 dan 21-18.

Selanjutnya taip di sini untuk paparan penuh.

WILSON SWISS SUPER SERIES 2009

15 Mac 2009

Datuk Lee Chong Wei dan beregu lelaki Koo Kien Kiat dan Tan Boon Heong berjaya melangkah ke perlawanan akhir terbuka Swiss.Perlawanan dinantikan ialah pertemuan semula Lee Chong Wei menentang Lin Dan setelah mereka bertemu pada All England.Saksikan siaran langsung di AstroSport jam 7.00 malam.
p/s:saya benggang buku astro tak dapat pun bulan Mac.



Manchester United 1-Liverpool 4

Pemburuan takhta Liga Perdana England kembali terbuka selepas Liverpool berjaya membelasah Manchester United 4-1 di Old Trafford semalam.Kemenangan yang dilakar Liverpool itu sekali gus memecah rekod tanpa kalah United di gelanggang sendiri musim ini.Ia juga merupakan kekalahan kedua United kepada Liverpool musim ini selepas skuad Red Devils itu tewas 1-2 di Anfield pada 13 September lalu.Sangat mengecewakan kerana MU tewas dua kali berturut kepada musuh tradisi Liverpool.Barisan pertahanan begitu goyah sehingga Vidic dibuang padang.Namun begitu, diharapkan perlawanan seterusnya MU berjaya mengalahkan pasukan yang lain.

Selanjutnya taip di sini untuk paparan penuh.

Polis Angkasa Gaban

14 Mac 2009


Polis Angkasa Gaban (宇宙刑事ギャバン Uchū Keiji Gyaban?) adalah satu watak dalam siri kanak-kanak yang berasal dari Jepun, selain Kamen Rider, Ultraman, dan Super Sentai. Siri ini mula ditayangkan di slot pukul 7 malam di TV Asahi bermula daripada bulan 5 Mac 1982 dan berakhir pada 25 Februari 1983. Filem animasi ini dihasilkan oleh syarikat Toei dan mengandungi 44 episod.

Pada 1960-an hingga 1970-an menyaksikan era keemasan wira-wira televisyen. Sejak tahun 1960-an hingga 1970-an, banyak siri lain yang dihasilkan termasuk Ultraman, Kamen Rider, Go Rangers dan seterusnya diikuti pula dengan Magma Taishi, Iron King, Spectreman, Lion Maru, dan lain-lain lagi. Syarikat Toei adalah studio yang paling aktif menghasilkan siri-siri pada waktu tersebut. Pada penghujung era tersebut (1982), Syarikat Toei ingin menampilkan suatu siri yang berlainan. Mereka akhirnya menghasilkan "The Uchu Keiji" ataupun "Space Sheriff" (maksud secara terjemahan terus adalah "Inspektor Polis Angkasa" atau "Detektif").

Siri pertama Uchuu Keiji Gyaban mendapat sambutan yang menggalakkan dan dianggap berjaya. Oleh sebab inilah siri ini diteruskan pada tahun 1983 dan 1984: Uchuu Keiji Shariban dan Uchuu Keiji Shaider.



Rekod 19 A1, 1 A2 dari Nik Nur Madihah

Nik Nur Madihah mencipta rekod baru Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) dengan keputusan 19 A1 dan 1 A2.nak sulung daripada empat beradik dari Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa ini bercita-cita meneruskan pengajian ke Timur Tengah dengan mendalami ilmu fizik.Bapanya, Nik Mohd. Kamal Husin, 41, ialah seorang nelayan manakala ibu, Mariani Omar, 42, bekerja sebagai pencuci di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).Pelajar ini tidak mengikuti kelas tuisyen dan semata-mata belajar di sekolah sahaja.Inilah pelajar yang mengharumkan nama sekolah bukan sesetengah pelajar yang merosakkan nama sekolah.

Selanjutnya taip di sini untuk paparan penuh.

Tandas di stesen minyak

Saya pergi ke stesen minyak dan terus masuk ke dalam tandas.Sangat mengecewakan.Keadaan tandas yang sangat menjijikan.Pam tandas yang rosak di tambah pulak saluran air paip yang kecil.Lantainya juga kotor dan sinkinya juga kotor.Saya dah banyak kali masuk ke tandas di stesen minyak hampir keseluruhannya amat mengecewakan.Sepatutnya pengusaha stesen tersebut menangani masalah ini dengan baik.Pelanggan adalah keutamaan mereka.Namun begitu saya memuji cara penjagaan tandas di pasar raya besar yang betul2 memberi keselesaan kepada pelanggan.

Selanjutnya taip di sini untuk paparan penuh.

Dengarlah Sinar FM

13 Mac 2009

Anda suka mendengar Sinar fm, pastinya anda akan mengenang kembali lagu2 lama yang mengusik kalbu.Cuma saya agak kelakar bila ada seorang deejaynya membuat promo dengan menyebut sinar fm dengan gaya ala2 suara kasar.Rasa mcm tak sanggup nak dengar.Jadi dengarlah sinar fm hari ini untuk menjejaki siapalah deejay tersebut.Tapi saya respect deejay tersebut kerana merupakan otai dalam bidang hiburan masa kini.

Selanjutnya taip di sini untuk paparan penuh.

Sah! Salih Yaccob Dapat Isteri Ke-4

Mengikut sumber Sinar Harian, pelawak Sallih Yaccob sah sudah berkahwin untuk kali ke-4 dengan seorang gadis yang bergelar N. Apa ilmu yang pelakon dan penyampai Sinar FM ni pakai? Tapi apa yang penting, mereka bahagia dan rukun damai dalam rumahtangga yang sentosa.
Perkahwinan adalah merupakan impian setiap orang, namun tanggungjawabnya begitu besar untuk dipikul.Saya begitu teruja dengan kemampuan Salih Yaccob dalam menangani hal begini.Bagaimana golongan wanita, adakah anda sanggup mengikut contoh isteri2 Sallih Yaccob yang bersedia membenarkan Sallih Yaccob kahwin lagi?Golongan lelaki pasti tersenyum lebar.

Nombor 7

12 Mac 2009


178787, cantiknya nombor ini.Saya begitu sinonim dengan angka 7.Blog saya juga asmo77.No hp saya juga banyak no 7.7 adalah pilihan nombor saya.IC saya juga banyak no 7.No plat kereta saya juga banyak no 7.

Selanjutnya taip di sini untuk paparan penuh.

Antivirus yang terbaik

10 Mac 2009


Sekadar ingin berkongsi pendapat antivirus yang manakah yang terbaik untuk komputer anda?Saya dulu NOD tapi untuk penggunaan 30 hari sahaja jadi saya beralih pula kepada AVG.Masa guna NOD scan C tak jumpa pun virus tapi bila scan guna AVG mcm2 virus yang keluar.Hakikatnya dunia perniagaan virus sengaja dicipta untuk kita membeli antivirus.Jadi antivirus apakah yang anda gunakan?Kita berkongsi pengalaman menggunakan antivirus.

Selanjutnya taip di sini untuk paparan penuh.

Sekadar blog

Adakah benar, blog yang mempunyai tiga ruangan iaitu sidebar post sidebar lebih kepada blog yang umum manakala blog yang ada 2 ruangan iaitu post dan sidebar lebih kepada bentuk peribadi.Silalah komen.Tetapi saya suka tiga column kerana saya suka masukkan pelbagai maklumat kiri dan kanan.Kalau guna 2 column saya merasakan ruangan terhad dan bagi mereka yang suka masukkan data yang banyak, pengunjung terpaksa melihat sampai bawah blog untuk melihat keseluruhan blog.Apapun terpulanglah kepada individu untuk menentukan wajah blog mereka.

Selanjutnya taip di sini untuk paparan penuh.

Sambutan Maulidur Rasul

09 Mac 2009

Seperti kelaziman tahunan, umat Islam di Malaysia akan menyambut hari sempena keputraan Rasulullah saw pada 12 Rabiulawal setiap tahun.Umat Islam di Malaysia akan mengadakan berbagai aktiviti dalam acara sambutan Maulidur Rasul. Kerajaan Malaysia mengisyhtiharkan 12 Rabiulawal setiap tahun adalah cuti umum. Diantara acara-acara dalam sambutan Maulidur Rasul ialah Perarakan, Syarahan, Forum, Marhaban dan Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan.

Dalam menentukan tarikh kelahiran Rasulullah saw, ahli-ahli sejarah Islam berbeza pendapat. Pendapat pertama dan masyhur ialah Rasulullah saw lahir pada malam Isnin 12 Rabiulawal dalam Tahun Gajah sebelum subuh. Ini adalah pendapat Ibnu Ishaq yang dipetik oleh Ibnu Hisham dalam kitabnya yang terkenal, Sirah Ibnu Hisham. Dan pendapat yang kedua ialah pendapat yang mengatakan bahawa Rasulullah saw memang lahir pada malam Isnin, sebelum subuh Rabiulawal tahun Gajah tapi tarikh sebenarnya ialah pada 9 haribulan.

Diantara tokoh ulamak-ulamak yang sependapat mengatakan Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal ialah Yunus bin Yazid, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khawarizmi dan Ibnu Taimiyyah. Dan diantara tokoh-tokoh falak moden yang membuat kajian semula tentang perbezaan pendapat ini ialah Mahmud Pasya seorang ahli falak Mesir dan Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, Persatuan Falak Syarie Malaysia. Mereka menyatakan bahawa Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal. Ini adalah berdasarkan kepada Taqwim Qamariah tulen tanpa Nasi' dan dikebelakangkan 53 tahun dari tahun pertama Hijrah.

Didapati bulan kelahiran Rasulullah saw iaitu bulan Rabiulawal jatuh pada bulan April 571 M. Berdasarkan hitungan, Ijtimak berlaku pada 10 April 571M pada 8;21 UT. Menurut kaedah kebolehnampakan hilal, 1 Rabiulawal jatuh pada hari Ahad, 12 April 571M dan hari Isnin yang bertepatan adalah 9 Rabiulawal manakala 12 Rabiulawal jatuh pada hari Rabu.

Dalil seterusnya yang mengatakan bahawa Rasulullah lahir pada 9 Rabiulawal ialah pada Isnin 9 Rabiulawal (20 April), fasa bulan adalah 64.4% dan bulan ghurub pada pukul 2:26 pagi. Apabila bulan ghurub awal maka langit ketika itu kelihatan cerah dengan bintang-bintang yang dapat dilihat lebih banyak kerana tiada gangguan cahaya bulan. Ini bertepatan dengan kisah kelahiran sewaktu dilahirkan Rasulullah saw bahawa sebelum subuh, langit adalah kelihatan sangat cerah dengan cahaya bintang-bintang yang bertaburan. Walau bagaimanapun, itu adalah pendapat individu tertentu dengan pengkajian mereka.

Moga ada pihak lain yang dapat membuat kajian lebih lanjut dalam menetapkan tarikh kelahiran Rasulullah saw. Kajian-kajian lanjut itu sebenarnya akan lebih memajukan lagi perkembangan ilmu Sejarah dan Falak. Malah tarikh-tarikh peristiwa penting Islam yang lain juga wajar dibuat hitungan semula. Kita umat Islam di alaf baru sekarang telah banyak melahirkan ahli-ahli Sejarah Moden, Falak / Astronomi dan ahli-ahli Sains yang lain yang pastinya akan mengembang dan menyumbang kepada penguasaan ilmu pengetahuan kepada pembangunan ummah, InsyaAllah.

Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah.

Badminton All England

China menyapu bersih 5 acara yang dipertandingkan.China menunjukkan kehebatan mereka setelah diberi latihan ala tentera selama 3 bulan.Hasilnya mereka membuktikankejuaraan badminton All England adalah hak milik mereka pada tahun ini.Perseorangan lelaki membuktikan Lin Dan adalah jaguh sebenar mengalahkan Datuk Lee Chong Wei dengan straight game.Apapun tahniah buat Lee Chong Wei yang merupakan pemain tunggal negara yang layak ke perlawanan akhir.


1. Starting at 12:30 PM XD
Hanbin HE [3] CHN[CHN]
Yang (F) YU CHN[CHN]
-
KOR[KOR] Sung Hyun KO
KOR[KOR] Jung Eun HA
13-21 21-15 21-9 View match statistics 0:55
2. Followed by MS
Dan LIN [2] CHN[CHN]
-
MAS[MAS] Chong Wei LEE [1]
21-19 21-12 View match statistics 0:43
3. Followed by WD
Yawen ZHANG [7] CHN[CHN]
Tingting ZHAO CHN[CHN]
-
CHN[CHN] Shu CHENG
CHN[CHN] Yunlei ZHAO
21-13 21-15 View match statistics 0:48
4. Followed by WS
Yihan WANG CHN[CHN]
-
DEN[DEN] Tine RASMUSSEN [1]
21-19 21-23 21-11 View match statistics 0:58
5. Followed by MD
Yun CAI [7] CHN[CHN]
Haifeng FU CHN[CHN]
-
KOR[KOR] Sang Hoon HAN
KOR[KOR] Ji Man HWANG
21-17 21-15 View match statistics 0:39

Fulham 0 - 4 Manchester United

08 Mac 2009

Saya merupakan peminat fanatik Manchester United meraikan kemenangan bergaya skuad MU menentang Fulham bagi piala FA peringkat suku akhir.MU memburu piala ketiga setelah 2 piala berada berada dalam gengaman iaitu piala liga dan piala kejohanan kelab2 dunia.

Selanjutnya taip di sini untuk paparan penuh.

Perak tewas lagi

Perak tewas lagi dalam perlawanan kedua suku akhir piala FA menentang Selangor di stadium Shah Alam.Barisan pemain muda nyata gagal memberi persembahan yang menyakinkan akhirnya gagal mendominasi perlawanan.Dua tandukan C. Premnath dan Rudie Ramli pada minit ke-78 dan 90 memastikan Merah Kuning melangkah penuh yakin dengan agregat 4-1 setelah turut menumpaskan Seladang 2-1 dalam suku akhir pertama di Ipoh, Selasa lalu.

Selanjutnya taip di sini untuk paparan penuh.

Chong Wei vs Lin Dan

Dato' Lee Chong Wei meneruskan rentak kemenangan pada perlawanan separuh akhir dan seterusnya layak ke perlawanan akhir menentang musuh seteru iaitu Lin Dan.Semalam dia mengesahkan slot ke perlawanan akhir selepas mudah menewaskan pemain Indonesia, Taufik Hidayat pada aksi separuh akhir di National Indoor Arena, Birmingham, United Kingdom.
Chong Wei, pilihan pertama kejohanan hanya memerlukan 33 minit untuk menyingkirkan Taufik dengan kemenangan 21-8, 21-13.

Selanjutnya taip di sini untuk paparan penuh.

Badminton All England

07 Mac 2009

Dato' Lee Chong Wei mara ke perlawanan separuh akhir manakala pemain lain tewas di peringkat suku akhir.Agak mengecewakan 2 beregu utama negara tewas mudah dengan lawan masing.Lee Chong Wei akan menentang Taufik Hidayat yang di anggap perlawanan tumpuan malam ini.Kita berharap Lee Chong Wei mara ke perlawanan akhir sekurang2nya dapat mengurangkan dominasi China yang menguasai setiap acara.


1. Starting at 12:30 PM XD
Flandy LIMPELE INA[INA]
Anastasia RUSSKIKH RUS[RUS]
-
CHN[CHN] Hanbin HE [3]
CHN[CHN] Yang (F) YU


2. Followed by MS
Chong Wei LEE [1] MAS[MAS]
-
INA[INA] Taufik HIDAYAT [7]

3. Followed by WS
Tine RASMUSSEN [1] DEN[DEN]
-
CHN[CHN] Yanjiao JIANG

4. Followed by MD
Mathias BOE [5] DEN[DEN]
Carsten MOGENSEN DEN[DEN]
-
CHN[CHN] Yun CAI [7]
CHN[CHN] Haifeng FU

5. Followed by MS
Jin CHEN [3] CHN[CHN]
-
CHN[CHN] Dan LIN [2]

6. Followed by XD
Sung Hyun KO KOR[KOR]
Jung Eun HA KOR[KOR]
-
CHN[CHN] Bo ZHENG
CHN[CHN] Jin MA

Curang dengan sms

Semalam tengok TV9 dengan slot yang cukup menarik semanis kurma.Sepasang suami isteri menjadi pengacara bak pinang di belah dua.Tajuk kali ini ialah curang dengan sms.Cukup panas dan sensasi.Panas bagi mereka yang sudah berkahwin.Baik lelaki mahupun perempuan Tidak cukup yang satu akhirnya mengikut nafsu.Mula2 berkenalan melalui sms.Mula2 awak saya kemudian sayang kasih kemudian mulalah berjanji untuk berjumpa, jadi faham2 lah apabila lelaki dan perempuan yang bukan muhrim bertemu di tempat2 yang sunyi.Alkisahnya tajuk ini mengupas bagaimana reaksi bila seseorang bermain kayu di belakang suami atau isteri dengan cara sms.Tipsnya ialah:
  1. Handphone dibawa kemana2 sahaja mahupun ke tandas sekalipun.
  2. ada security code.Memang tidak boleh buka punya.
  3. buat silence mode takut orang lain tanya sms siapa punya kalau buat nada dering.
  4. keadaan pasangannya agak gelisah dan cuba mencuri masa untuk sms dengan orang lain.
Ada lagi? Anda tambahlah sendiri.Hikmahnya kita kenalah mencari penyelesaian mengapa pasangan kita berbuat demikian.Kita kena berbincang dengan baik dari hati ke hati dalam mencari punca penyelesaian.Apapun tepuk dada tanya hati.Lu fikirlah sendiri.
Selanjutnya taip di sini untuk paparan penuh.

Sepah juara Raja Lawak

Sebenarnya saya tidak mengikuti perkembangan Raja Lawak,cuma ingin menyiarkan kejuaran yang dimilki oleh Raja Lawak yang ke 3 iaitu kumpulan Sepah.Adakah pelawak ini mampu memberikan impak dengan pelawak yang ada di Malaysia ini.Hakikatnya pelawak di Malaysia memang sudah otai.Cuma dilihat seperti Nabil seorang diri merupakan lawak generasi baru.Dulu siapa yang tidak kenal Mr Os, Salih Yaacob namun mereka masih laku di pasaran.Salih Yaacob dengan tagnya i follow kemudian Mr Os dengan apa ke halnya, jadi tidak disangkal lagi mereka masih diperlukan dalam industri hiburan tanah air.

Selanjutnya taip di sini untuk paparan penuh.

Badminton All England

06 Mac 2009

Badminton All England sudah berada di peringkat suku akhir.Antara pemain yang layak ke peringkat suku akhir ialah Dato' Lee Chong Wei, 2 pasangan beregu lelaki dan pemain perseorangan wanita.Saksikannya di channel astro.
Live on Astro Supersport
07 Mar 0100 Quarter Finals
07 Mar 2030 Semi Finals
08 Mar 2030 Finals


Selanjutnya taip di sini untuk paparan penuh.

Kisah suami isteri

05 Mac 2009

Suaminya baru balik dari kursus.Isterinya menunggu di dalam kereta.Turun sahaja dari bas suaminya terus masuk ke dalam kereta dan dia memandu kereta tersebut.Suaminya memandu begitu laju sehingga saya tidak sempat untuk mengejarnya.Sangat menghairankan kenapa baru balik kursus tergesa2 nak balik ke rumah?ada sesuatu yang tidak kena ke atau dia yang serba tidak kena?Fikir2kan

Selanjutnya taip di sini untuk paparan penuh.

Isyarat bunyi di hadapan

04 Mac 2009

Kebanyakkan kereta di Malaysia bila gostan mesti berbunyi menandakan kereta tersebut hampir dengan kereta atau dinding yang lain. Cadangan saya ialah letakkan isyarat bunyi di hadapan menandakan kereta kita semakin hampir dengan kereta lain barulah kita berhati2 apabila memandu.Adakah anda merasakan pendapat saya ini wajar?

Selanjutnya taip di sini untuk paparan penuh.

Seksi lagi

Sekiranya ingin menjadi artis adakah perlu memakai seksi.Hari ini dalam surat khabar metro artis berpakaian seksi lagi tapi tidak la sehebat mana pun.Namun yang hebatnya ialah suka sangat tayang tali bra.Maaf cakapla kenapa tidak ditutupkan sahaja bahagian dada.bayangkanlah satu Malaysia baca suratkhabar tersebut.Jadi anda buatlah penilaian sendiri.

Selanjutnya taip di sini untuk paparan penuh.

Teliti,terasa dan tertangguh

01 Mac 2009

3 T yang ada pada penulis.Penulis mudah terasa apabila orang mengata.Penulis tidak pandai membalas apabila dikutuk oleh mereka.
Penulis sangat teliti dalam kerja.Sebolehnya apa sahaja yang dilakukan mestilah lurus dan tepat.Cantik dan hebat.Akhirnya satu apapun tak dapat.
Penulis sering tertangguh kerja.Banyak kerja tertangguh sehingga sukar nak berganjak dari yang asal.Akhirnya penulis menyesal.
Inilah penulis.Akur sangat dengan kemampuan diri.3 T benar2 menghantui diri.


Selanjutnya taip di sini untuk paparan penuh.

Cabaran getir bermula esok

Bermula esok segalanya terjawab sejauh mana kemampuan penulis dalam menghadapi situasi yang amat sukar.Esok penilaian akan dibuat berdasarkan kepada kerja yang telah diamanahkan.Sangat berat kerana sehingga ke hari ini tiada satu pun kerja yang berjaya disiapkan.Satu perasaan yang begitu hebat berlaku esok.

Selanjutnya taip di sini untuk paparan penuh.